Vaccine Certificate Verifier 4+

GOVERNMENT OF MALAYSIA

iPhone용으로 디자인됨

    • 5.0 • 1개의 평가
    • 무료

iPhone 스크린샷

설명

Aplikasi Pengesahan Sijil Vaksinasi (VCV) adalah aplikasi Kerajaan Malaysia untuk mengesahkan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, dan sijil vaksinasi negara-negara lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Aplikasi ini juga boleh mengesahkan sijil ujian COVID dan sijil pemulihan dari negara tertentu.

Pengguna VCV boleh mengesahkan sijil vaksinasi melalui imbasan kod QR yang dipaparkan di:-
(1) aplikasi MySejahtera, ataupun aplikasi sedemikian yang digunakan di negara lain,
(2) sijil versi elektronik contohnya dalam bentuk PDF, atau
(3) sijil bercetak.

VCV mengesahkan dua kategori kod optik QR sijil vaksinasi yang mengandungi:-
(1) URL pelayan yang dipercayai untuk mencapai maklumat identiti dan vaksinasi. Verifikasi sijil vaksinasi ini memerlukan sambungan internet.
(2) Identiti dan vaksinasi beserta tandatangan digital yang dikeluarkan oleh entiti yang dipercayai. Verifikasi sijil vaksinasi ini tidak memerlukan sambungan internet kerana senarai kekunci awam yang dipercayai disimpan dalam VCV.

VCV akan dikemas kini secara berkala untuk menyelenggara senarai pelayan dan kekunci awam yang dipercayai.

VCV akan memaparkan keputusan verifikasi sijil vaksinasi. Maklumat peribadi dan vaksinasi hanya dipaparkan sekiranya sijil vaksinasi adalah sah. Demi melindungi privasi dan keselamatan pengguna, aplikasi ini tidak menyimpan apa-apa maklumat dari sijil vaksinasi pengguna.

Aplikasi versi ini mampu mengesahkan sijil daripada negara-negara berikut:-
- Malaysia
- Semua negara yang telah diterima ke dalam konsortium EU Digital COVID Certificate (DCC). Konsortium ini dianggotai 27 negara EU, dan 40 negara dan wilayah di luar EU, pada masa versi VCV ini diterbitkan.
- Brunei
- India
- Indonesia
- Filipina
- Syria
- Australia

새로운 기능

버전 1.1.1

Pembaikan Bug
- Pembaikan skrin kamera yang tidak responsif apabila mengimbas kod QR.
- Pembaikan navigasi di dialog Internet pada skrin kamera apabila tidak mempunyai penyambungan Internet.

Penambahbaikan logik
- Penambahbaikan logik untuk pengesahan kod QR EUDCC.

평가 및 리뷰

5.0/5
1개의 평가

1개의 평가

앱이 수집하는 개인정보

GOVERNMENT OF MALAYSIA 개발자가 아래 설명된 데이터 처리 방식이 앱의 개인정보 처리방침에 포함되어 있을 수 있다고 표시했습니다. 자세한 내용은 개발자의 개인정보 처리방침을 참조하십시오.

데이터가 수집되지 않음

개발자가 이 앱에서 데이터를 수집하지 않습니다.

개인정보 처리방침은 사용하는 기능이나 사용자의 나이 등에 따라 달라질 수 있습니다. 더 알아보기

이 개발자의 앱 더 보기

MySejahtera
건강 및 피트니스
UPUPocket
교육
MyHRMIS Mobile
참고
Sistem eKonsular
여행
mySPAD
여행
MyGov Portal
라이프스타일

좋아할 만한 다른 항목

Doctor2U by BP Healthcare
의료
MiCare MyMed
의료
PAK Covid-19 Vaccination Pass
의료
AIA+ Malaysia
의료
CovPass Cyprus
건강 및 피트니스
Passe Covid
건강 및 피트니스