BEST Invest 4+

Robo-Intelligence Investing

BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD

    • 2.0 • 30 Penilaian
    • Percuma

Tangkapan Skrin

Penerangan

BEST adalah platform pelaburan robo-pintar bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan dari serendah RM10. Melalui BEST, anda kini boleh merancang dan memantau pelaburan pada bila-bila masa dan di mana sahaja demi mencapai matlamat gaya hidup yang anda impikan melalui aplikasi ini, anda haya perlu menyatakan berapa jumlah simpanan yang ingin dicapai dan bila. BEST akan membantu anda dengan mencadangkan portfolio pelaburan berdasarkan profil risiko toleransi pelaburan dan sasaran anda. BEST adalah aplikasi yang sesuai untuk pelabur golongan muda dan individu yang berpendapatan rendah (B40) untuk mula membina kekayaan peribadi mereka.

Aplikasi BEST memberikan peluang untuk anda melabur dalam dana-dana Shariah-ESG BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad. BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


Pelaburan Mudah dengan BEST

• Tiada borang untuk diisi
Buka akaun anda secara percuma dengan beberapa langkah mudah.

• Fokus terhadap matlamat anda, BEST akan menguruskan selainnya
Beritahu kami profil risiko dan matlamat pelaburan anda dengan hanya beberapa klik. Kami akan mengesyorkan portfolio yang paling sesuai untuk memenuhi objektif anda.

• Pantau prestasi pelaburan anda setiap masa
Jejak pelaburan anda, di mana jua mengikut keselesaan anda

Mengapa melabur melalui BEST?

1. Mulakan Pelaburan Serendah RM10
Melalui aplikasi BEST, kini semua orang mampu untuk mula membina kekayaan dengan akses mudah kepada pendedahan pelaburan tempatan dan global

2. Tiada Caj Jualan
Pelaburan anda yang dilaksanakan melalui aplikasi BEST akan dikecualikan daripada caj jualan.

3. Mudah dan Pantas
Pelaburan haruslah mudah untuk difahami. Dengan aplikasi BEST, anda hanya perlu memberi tumpuan kepada amaun yang anda ingin peroleh dan pada bila masa.

4. Pelaburan Robo-Pintar yang Lestari
Kami akan membantu anda untuk membina portfolio pelaburan dengan memilih dana yang sesuai dan berapa amaun untuk melabur supaya anda boleh mencapai matlamat pelaburan anda.

5. Didukung oleh Institutsi Kewangan Islam
BEST adalah aplikasi pelaburan oleh BIMB Investment, sebuah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad

6. Tiada Tempoh Matang
Anda boleh melabur dan membuat pengeluaran pada bila-bila masa berdasarkan pilihan anda.

7. Patuh Shariah
Semua dana yang disenaraikan di dalam aplikasi BEST mematuhi prinsip pelaburan Islam.

8. Diluluskan serta Dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Aplikasi BEST ialah platform pelaburan robo-pintar oleh BIMB Investment, sebuah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Aplikasi BEST Yuran & Caj

• Tiada caj pembukaan akaun
• Tiada caj jualan
• Tiada caj pengeluaran
• Tiada yuran pertukaran atau pemindahan
• Membuat pengeluaran pada bila-bila masa

Bagi pengurusan portfolio pelaburan anda, terdapat yuran pengurusan tahunan seperti berikut:
• 0.5% setiap tahun – Dana Pasaran Wang
• 1.5% setiap tahun – Dana Ekuiti Malaysia
• 1.8% setiap tahun – Dana Ekuiti Global
• 1.2% setiap tahun – Dana Sukuk

Apa Yang Baru

Versi 1.0.43

- Perjalanan onboarding pengguna yang dipertingkatkan
- Pembetulan pepijat kecil

Penilaian dan Ulasan

2.0 daripada 5
30 Penilaian

30 Penilaian

NuraHafiz ,

Lagging

The app is so slow and sometimes it froze our of sudden. Please improve the performance. I like the UI by the way. The features look promising. Hopefully, there is a near update for the issues that I am facing right now.

Ash Trading ,

Error When Click Global Shariah

Got error something when wrong when click on the fund. Maybe API error, kindly check tq

siddiq11gratte ,

Improve the app.

This app is quite good but slow.

Privasi App

Pembangun, BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Tidak Dikumpul

Pembangun tidak mengumpul sebarang data daripada app ini.

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

Anda Mungkin Menyukai

Bursa Gold Dinar
Kewangan
Rize MY
Kewangan
Belanjawanku
Kewangan
Be U by Bank Islam
Kewangan
Bursa Anywhere
Kewangan
Maybank Trade
Kewangan