Google Fit: Penjejak Aktiviti 4+

Jejak kesihatan dan kecergasan

Google

    • Percuma

Petikan Skrin iPhone

Penerangan

Jalani kehidupan lebih sihat dan lebih aktif dengan Google Fit!

Sukar untuk mengetahui jumlah dan jenis aktiviti yang anda perlukan untuk kekal sihat. Itulah sebabnya Google Fit bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawakan Mata Kardio, iaitu matlamat aktiviti yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan anda.

Aktiviti yang dapat mengepam jantung anda lebih kuat memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa untuk jantung dan minda anda. Anda akan memperoleh satu Mata Kardio untuk setiap minit aktiviti sederhana seperti mempercepat langkah apabila anda berjalan dan dua mata untuk aktiviti lebih berat seperti berlari. Anda hanya perlu berjalan pantas selama 30 minit untuk lima hari dalam seminggu bagi mencapai jumlah aktiviti fizikal yang disyorkan oleh AHA dan WHO yang terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan.

Google Fit juga akan membantu anda:

LIHAT SENAMAN ANDA
Dapatkan cerapan dan lihat statistik seperti kadar denyut jantung, kelajuan, langkah, laluan dan pelbagai lagi untuk aktiviti larian, berjalan dan berbasikal anda.

PANTAU MATLAMAT ANDA
Lihat kemajuan harian anda berhubung Mata Kardio dan langkah. Adakah anda mencapai matlamat anda sepanjang masa? Laraskan matlamat anda dengan mudah untuk terus mencabar diri bagi mendapatkan jantung dan minda yang sihat.

PASTIKAN SETIAP PERGERAKAN DIKIRA
Semua aktiviti fizikal dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dengan Google Fit anda dapat menjejaki semuanya di satu tempat. Lakukan aktiviti dengan apl dan peranti kecergasan kegemaran anda, Google Fit akan membina jurnal aktiviti anda. Bagi memastikan Fit tidak tertinggal walau satu senaman, anda boleh menambahkan sebarang aktiviti yang tidak dijejaki oleh apl lain secara manual - daripada Aerobik kepada Zumba!

HUBUNGKAN DENGAN APL DAN PERANTI KEGEMARAN ANDA
Google Fit boleh menunjukkan maklumat kepada anda daripada pelbagai apl dan peranti kegemaran anda yang serasi dengan Apple Health untuk memberikan pandangan holistik tentang kesihatan anda supaya anda tidak akan kehilangan jejak kemajuan anda. Apl dan peranti ini termasuklah Lifesum, Runkeeper, Strava, MyFitnessPal, Headspace dan pelbagai lagi.

DAFTAR MASUK PADA BILA-BILA MASA, DARI MANA-MANA SAHAJA
Lihat gambar sejarah aktiviti anda di Google Fit dan apl bersepadu dalam jurnal anda. Atau lihat gambaran keseluruhan dalam semak imbas, anda boleh mencari semua data kesihatan dan kesejahteraan anda di sini.

Ketahui lebih lanjut tentang Google Fit dan lihat senarai apl yang disokong di: https://www.google.com/fit

Apa Yang Baru

Versi 1.89

• Pembetulan pepijat kecil dan peningkatan UI

Penilaian dan Ulasan

4.4 daripada 5
89 Penilaian

89 Penilaian

HPhak ,

Data does not auto update in iOS 15.

Using a Fossil watch to track workouts. Workout does not automatically update in the Google Fit app in iPhone. Need to log out of account in the iOS fit app and then login again before the data updates.

MadAppeUser ,

Doesn’t synchronise with MiBand4

Hi, the data in the App doesn’t seem to synchronise with my data on MiBand4. Can you please look into it?

Jam0987 ,

Can't track on iPhone?

Used to be able to click on "track workout" on Huawei phone to track my running, but on iPhone it can't seem to manually track workout. It's only tracked automatically & sometimes my steps aren't counted.

Privasi App

Pembangun, Google, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Kesihatan & Kecergasan
  • Lokasi
  • Maklumat Hubungan
  • Kenalan
  • Kandungan Pengguna
  • Pengecam
  • Data Penggunaan
  • Diagnostik
  • Data Lain

Data Tidak Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul tetapi tidak dipautkan ke identiti anda:

  • Sejarah Carian
  • Diagnostik

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

YouTube
Foto & Video
Google Maps
Navigasi
Gmail - e-mel Google
Produktiviti
Google Chrome
Utiliti
Google
Utiliti
Google Drive – storan fail
Produktiviti

Anda Mungkin Menyukai

Fit as - Register Your Steps
Kesihatan & Kecergasan
HealthifyMe- Kaunter Kalori
Kesihatan & Kecergasan
ActivityTracker Pedometer
Kesihatan & Kecergasan
Activity Tracker・FitnessView
Kesihatan & Kecergasan
Zones for Training
Kesihatan & Kecergasan
Steps: Step Counter, Pedometer
Kesihatan & Kecergasan