Google Family Link 4+

Google

    • Percuma

Tangkapan Skrin

Penerangan

Google Family Link ialah apl kawalan ibu bapa yang memastikan keluarga anda lebih selamat dalam talian. Alatan Family Link yang ringkas membolehkan anda memahami cara anak anda meluangkan masa pada peranti, melihat lokasi peranti, mengurus tetapan privasi, dll.


Dengan Family Link, anda boleh:

Menetapkan Peraturan Asas Digital
• Tetapkan had masa skrin — Family Link membolehkan anda menetapkan waktu gendala untuk peranti anak anda dan had masa untuk apl supaya anda boleh membantu mereka mengimbangi masa dengan baik.
• Bimbing mereka kepada kandungan yang bersesuaian dengan umur — Luluskan atau sekat apl yang mahu dimuat turun oleh anak anda. Family Link juga membolehkan anda memilih pengalaman YouTube yang sesuai untuk anak anda: pengalaman yang diawasi pada YouTube atau YouTube Kids.

Urus dan lindungi akaun anak anda
• Lindungi privasi mereka — Pengurusan kebenaran dalam Family Link membolehkan anda membuat pilihan bermakna berkenaan data anak anda. Lihat dan urus kebenaran untuk laman web dan sambungan yang diakses melalui Chrome serta apl yang dimuat turun pada peranti anak anda.
• Lindungi akaun mereka — Family Link memberi anda akses untuk mengurus akaun dan tetapan data anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda jika mereka terlupa, mengedit maklumat peribadi, malah memadamkan akaun mereka jika perlu.

Kekal terhubung dalam perjalanan
• Ketahui lokasi mereka — Anda boleh mengetahui lokasi keluarga anda apabila mereka melakukan perjalanan. Dengan Family Link, anda boleh mengetahui lokasi anak anda pada peta, selagi mereka membawa peranti mereka.
• Dapatkan pemberitahuan dan makluman — Family Link menghantar pemberitahuan penting termasuk apabila anak anda tiba atau meninggalkan lokasi tertentu. Anda juga boleh menghubungi peranti dan melihat baki hayat bateri peranti.


Maklumat Penting

• Alatan Family Link berbeza-beza bergantung pada peranti anak anda. Lihat senarai peranti yang serasi pada https://families.google/familylink/device-compatibility/
• Walaupun Family Link membantu anda mengurus pembelian dan muat turun anak anda daripada Google Play, mereka tidak memerlukan kelulusan untuk memasang kemaskinian apl (termasuk kemaskinian yang menambahkan kebenaran), apl yang telah anda luluskan sebelum ini atau apl yang telah dikongsi dalam Pustaka Keluarga. Kelulusan pembelian hanya akan digunakan apabila pembelian dibuat melalui sistem pengebilan Google Play dan tidak akan digunakan untuk pembelian yang dibuat melalui sistem pengebilan lain. Ibu bapa harus kerap menyemak apl yang dipasang dan kebenaran apl anak mereka dalam Family Link.
• Anda perlu meneliti apl pada peranti di bawah pengawasan milik anak anda dan melumpuhkan apl yang anda tidak mahu digunakan oleh mereka. Harap maklum bahawa anda mungkin tidak dapat melumpuhkan sesetengah apl prapasang seperti Play, Google, dsb.
• Untuk melihat lokasi peranti anak kecil atau anak remaja anda, peranti itu mestilah dihidupkan, aktif baru-baru ini dan disambungkan kepada Internet melalui data atau Wi-Fi.
• Kawalan ibu bapa Family Link hanya tersedia untuk Google Account yang diawasi. Dengan Google Account yang diawasi, kanak-kanak mendapat akses kepada produk Google seperti Search, Chrome dan Gmail serta ibu bapa boleh menetapkan peraturan digital asas untuk mengawasi mereka.
• Walaupun Family Link menyediakan alatan untuk mengurus pengalaman dalam talian anak anda dan memastikan mereka lebih selamat dalam talian, apl itu tidak menjadikan Internet selamat. Family Link tidak dapat menentukan kandungan pada Internet tetapi apl ini dapat memberi ibu bapa peluang untuk menetapkan cara anak mereka meluangkan masa pada peranti dan menentukan cara melindungi keselamatan dalam talian yang terbaik untuk keluarga anda.

Apa Yang Baru

Versi 2.31.27857

Beberapa peningkatan kestabilan dan pembetulan pepijat.

Penilaian dan Ulasan

4.7 daripada 5
10.1K Penilaian

10.1K Penilaian

mizzsiti ,

Family link for children not in appstore

My son using iphone. There is no google family link for children in appstore so cannot install in his iphone. So sad because this is very good app to monitor & control child’s phone compared to others.

Nickmyassname ,

Worst kind of App ever created by Google

I was expecting this app to run smoothly since it is by Google. Very often I find myself landing on situations where by I am stuck with the app crashes. Where by I could not open or control my child’s phone from my app. Suddenly they will ask me to register my kids device and asked if my child had already had an email. I tried to set parental control on my child’s phone but unable to. While the app on my device could not control anything. This app is nothing but a hassle. From registration to settings to adding device it is sooo darnn complicated.

My name is mumu ,

Good apps to control schedules and download

It is better if you could update the apps with volume control or mute/unmute. Bcz you know..kids tend to put full volume until your neighbour can hear it 🙄

Privasi App

Pembangun, Google, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Maklumat Kewangan
  • Lokasi
  • Maklumat Hubungan
  • Kenalan
  • Kandungan Pengguna
  • Pengecam
  • Data Penggunaan
  • Diagnostik
  • Data Lain

Data Tidak Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul tetapi tidak dipautkan ke identiti anda:

  • Sejarah Carian
  • Diagnostik

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

YouTube
Foto & Video
Google Maps
Navigasi
Gmail - e-mel Google
Produktiviti
Google Chrome
Utiliti
Google
Utiliti
Google Drive – storan fail
Produktiviti

Anda Mungkin Menyukai

Kaspersky Safe Kids with GPS
Utiliti
Kids360: Kawalan ibu Bapa
Utiliti
Alli360 by Kids360
Utiliti
Norton Family Parental Control
Utiliti
Norton Family Companion App
Utiliti
AHA Schools
Utiliti