Avolteha 4+

Pengembaraan tanpa kata-kata

Roman Jahn

Direka bentuk untuk iPad

    • RM29.90

Tangkapan Skrin

Penerangan

Big update: Now with hand-drawn help as of version 1.04.

AVOLTEHA
Planet luar biasa di mana Paul memulakan pengembaraan terhebatnya.

Avolteha dikelilingi oleh persekitaran yang penuh dengan pasir, batu dan gunung berapi. Satu elemen yang anda tidak akan jumpa. Air – sumber segala kehidupan. Satu-satunya air yang dijumpai adalah pada awan yang melintasi Avolteha.

Satu-satunya cara untuk mendapatkan komoditi berharga ini adalah suatu jenis cendawan yang boleh mengeluarkan air.
Penduduk Avolteha muga membina penempatan mereka bertahun-bertahun lepas di sekitar cendewan tersebut. Akan tetapi, seiring dengan peredaran waktu, akar cendawan tersebut mula tumbuh lebih tinggi.
Untuk memulihkan bekalan air, Paul dan rakan-rakannya membina sambungan dari kota awan baru ke bawah.

Sementara itu, Paul bukan lagi tinggal di bandar. Sekarang, namun, dia terima satu surat. Rakan-rakannya memerlukan pertolongan dia. Sumber air telah hilang sekali lagi.

Apa yang berlaku?
Pengembaraan terhebat Paul sedang menunggu. Teka teki hebat Avolteha sedang menunggu dia dan ingin diselesaikan. Ianya harus diselesaikan – untuk kebaikan semua penduduk planet yang indah ini.

TENTANG PERMAINAN
Avolteha adalah permainan pengembaraan klasik tekan & klik untuk seisi keluarga

KAWALAN PERMAINAN
Paul boleh menyimpan barang dengan mudah sepanjang perjalanan dan membawanya dalam pengembaraan dia. Ketahui di mana barang-barang ini boleh digunakan. Jika Paul tersekat, dia masih mempunyai rakan-rakannya. Mungkin mereka akan bagi petunjuk yang bagus. Pengalaman permainan yang interaktif dengan sentuh.

TIADA TEKS YANG BOSAN
Tiada dialog yang tidak berkesudahan. Perbualan boleh diikuti melalui buih ucapan yang dilukis dengan tangan tanpa teks. Permainan yang mengatasi halangan bahasa dan boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja.

PENYAMBUNGAN iCLOUD
Avolteha boleh dimainkan oleh 4 pemain secara serentak. Keadaan permainan boleh diubah dengan mudah melalui slot. Di sampin itu, keempat-empat slot diselaraskan melalui iCloud.

UNTUK PELBAGAI PERANTI
Permainan ini boleh dimainkan pada iPad dan juga iPhone. Keperluan terendah: iPad Air atau iPhone 6s atau ke atas. Kesemua peranti terbaru turut disokong.

ZUM UNTUK IPHONE
Sentiasa zum masuk dengan dua jari, gerak satu bahagian dan kemudian zum keluar lagi dengan dua jari? Tidak dengan Avolteha. Dengan hanya satu jari, anda boleh zum masuk secara intuitif, bergerak dan zum keluar lagi. Ketahui banyak perincian dalam pemandangan yang direka hebat ini.

Apa Yang Baru

Versi 1.05

Small bug fixes

Privasi App

Pembangun, Roman Jahn, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Tidak Dikumpul

Pembangun tidak mengumpul sebarang data daripada app ini.

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Sokongan

  • Perkongsian Keluarga

    Maksimum enam ahli keluarga boleh menggunakan app ini dengan Perkongsian Keluarga diaktifkan.

Lagi Daripada Pembangun Ini

Anda Mungkin Menyukai

Boxville
Permainan
Beyond the Wall
Permainan
TOHU
Permainan
Shapik: The Moon Quest
Permainan
Deep in the woods
Permainan
ISOLAND4: The Anchor of Memory
Permainan