Dropbox: Selaras dan Kongsi 4+

Storan Awan Dokumen dan Foto

Dropbox, Inc.

    • Percuma
    • Menawarkan Pembelian In-App

Penerangan

Dropbox membolehkan sesiapa sahaja memuat naik dan menghantar fail ke awan dan berkongsinya dengan sesiapa sahaja. Sandarkan dan selaraskan dokumen, foto, video dan fail-fail lain ke storan awan dan aksesnya dari sebarang peranti di mana-mana sahaja anda berada. Dan dengan ciri-ciri perkongsian lanjutan, mudah untuk berkongsi dokumen dan menghantar fail—kecil atau besar—kepada keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Ciri-ciri:
• Muat naik video dan foto secara automatik dari jalur filem anda ke storan foto awan—semuanya di latar belakang—untuk mendapat perkongsian video dan foto yang mudah.
• Akses sebarang fail dalam akaun anda—walaupun fail luar talian—dan pratonton lebih 175 jenis fail yang berlainan tanpa memerlukan perisian khas.
• Hantar fail-fail besar dengan mudah dengan menyalin dan menampal pautan yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja walaupun mereka tiada akaun Dropbox.
• Imbas dokumen, resit, ID, foto dan banyak lagi menggunakan peranti mudah alih anda dan tukar ia menjadi PDF berkualiti tinggi supaya anda boleh melihat dan menghantarnya ke mana-mana sahaja.
• Selaraskan folder pada PC atau Mac anda ke Dropbox menggunakan sandaran komputer, dan pulihkan versi lama atau fail terhapus dengan sejarah versi dan pemulihan fail.

Daftar sekarang untuk mendapatkan percubaan percuma Dropbox Plus anda. Anda akan mendapat 2 TB (2,000 GB) ruang storan—itu ruang yang cukup untuk menyimpan fail dari semua peranti bersambung anda. Kami juga telah memperkenalkan beberapa ciri baru dalam pelan Plus anda: Dropbox Passwords untuk menyimpan dan menyelaraskan kata laluan ke semua peranti anda dan Dropbox Vault untuk melindungi dan mengatur dokumen paling sensitif anda. Dan dengan Dropbox Rewind, anda boleh mengundurkan sebarang fail, folder atau seluruh akaun anda hingga 30 hari.

Pelanggan Plus sedia ada boleh menaik taraf kepada Dropbox Professional. Dengan 3 TB (3,000 GB), anda boleh menyimpan semua barangan anda—daripada projek kerja kepada foto peribadi—dan masih ada banyak ruang yang berlebihan. Anda dan klien anda boleh menulis komen pada kebanyakan jenis fail tanpa meninggalkan Dropbox. Dan anda boleh melindungi kerja anda dengan tera air, menambah kawalan pautan kongsian atau mengundurkan akaun anda hingga 180 hari.

Sebelum memulakan percubaan atau melengkapkan pembayaran, anda akan melihat harga pelan. Jumlah ini akan dicaj kepada akaun iTunes anda semasa mengesahkan pembelian dan pembaharuan, dan akan berbeza-beza mengikut pelan dan negara. Langganan Dropbox akan diperbaharui secara bulanan atau tahunan bergantung pada pelan anda. Akaun anda akan dicaj untuk pembaharuan 24 jam sebelum tamat tempoh pengebilan semasa anda. Untuk mengelakkan pembaharuan automatik, matikan ia sekurang-kurangnya 24 jam sebelum langganan anda diperbaharui. Anda boleh mematikan pembaharuan automatik pada bila-bila masa daripada tetapan akaun iTunes anda. Anda boleh menguruskan dan membatalkan langganan anda dengan pergi ke tetapan akaun di App Store selepas pembelian.

Dropbox ialah peneraju penyelesaian awan selamat yang dipercayai oleh syarikat-syarikat Fortune 500 untuk data paling sensitif mereka. Lebih 14 juta pengguna berbayar memilih Dropbox kerana mereka tahu mereka boleh bergantung pada sebuah syarikat yang berdedikasi terhadap keselamatan dan privasi mereka—tidak kira apa yang mereka lakukan dan di mana mereka berada. Benarkan Dropbox menjadi pusat storan fail anda, pengatur fail, penghantar fail dan penyelesaian perkongsian fail untuk semua peranti anda.

Kami ingin mendengar suara anda! Sertai komuniti Dropbox: https://www.dropboxforum.com
Terma Perkhidmatan: https://www.dropbox.com/terms
Dasar Privasi: https://www.dropbox.com/privacy

Apa Yang Baru

Versi 374.2

Kami mengeluarkan kemas kini dengan kerap dan selalu mencari jalan untuk menjadikan aplikasi kami lebih baik. Jika anda ada sebarang maklum balas atau menghadapi masalah, temui kami dalam forum kami. Kami berbesar hati untuk membantu!

Penilaian dan Ulasan

4.8 daripada 5
5.3K Penilaian

5.3K Penilaian

Ameron9 ,

Lost share to dropbox in photo album on ipad.

I know i saw it before. Images can be directly transfer to Dropbox from photo album, But the feature missing from the latest update. Fix this please. Thanks.

syid 1450 ,

Slow

The app is slow in sync pictures and videos from gallery into dropbox, unlike before is faster sync.. please fix this….

Password Lock App ,

Password lock

Why didn’t have the feature password lock the Dropbox App ?

Previously have this feature, why now didn’t have ???

Thank you

Langganan

Dropbox Plus - Bulanan
Dropbox Plus - Bulanan
Dapatkan 2 TB (2,000 GB) ruang
Percubaan Percuma

Privasi App

Pembangun, Dropbox, Inc., menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Digunakan untuk Menjejak Aktiviti Anda

Data berikut mungkin digunakan untuk menjejak aktiviti anda merentas app dan laman web yang dimiliki oleh syarikat lain:

  • Pembelian
  • Pengecam
  • Data Penggunaan
  • Data Lain

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Pembelian
  • Maklumat Hubungan
  • Kenalan
  • Kandungan Pengguna
  • Sejarah Carian
  • Pengecam
  • Data Penggunaan
  • Diagnostik
  • Data Lain

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

Anda Mungkin Menyukai

Box: The Content Cloud
Produktiviti
Adobe Creative Cloud
Produktiviti
Filemail: Send large files
Produktiviti
Docusign - Upload & Sign Docs
Produktiviti
Microsoft OneDrive
Produktiviti
WeTransfer: Transfer Files
Produktiviti