iMovie 4+

Ekspresikan melalui video

Apple

    • Percuma

Tangkapan Skrin

Penerangan

Dengan reka bentuk yang kemas dan gerak isyarat intuitif Multi-Touch, iMovie membolehkan anda mencipta treler ala Hollywood dan filem yang cantik berbanding sebelumnya.

Cipta Filem Ajaib serta-merta
• Hanya dengan beberapa ketikan, anda boleh mencipta dan berkongsi video tersuai yang cantik
• Pilih album atau kumpulan video atau imej dan iMovie akan mencipta video untuk anda—pengeditan video tidak diperlukan—dengan tajuk, transisi serta muzik
• Susun semula atau padam klip dengan mudah dalam senarai syot ringkas
• Gunakan gaya berbeza untuk menukar rupa dan gaya seluruh video

Pelajari penceritaan dengan Papan Cerita
• Pilih daripada 20 Papan Cerita yang membantu anda bermula dengan jenis video yang popular
• Rakam video atau ambil foto terus ke dalam klip ruang letak atau tambah media daripada pustaka Foto anda
• Tambah, susun semula atau padam klip mengikut keperluan untuk menyusun atau menyesuaikan cerita anda
• Gunakan gaya visual dinamik yang termasuk tataletak tajuk, fon, penapis, palet warna dan muzik

Buat treler ala Hollywood
• Pilih daripada 14 templat treler dengan grafik yang menakjubkan dan lagu tema asli daripada beberapa komposer filem termasyhur di dunia
• Sesuaikan logo studio, nama pelakon dan kredit filem
• Pilih video dan foto untuk treler anda atau rakam video terus dalam iMovie

Cipta filem yang cantik
• Pilih daripada 8 tema unik dengan tajuk, transisi dan muzik yang sepadan
• Berikan filem anda rupa yang sempurna dengan 13 penapis video yang direka bentuk oleh Apple
• Pilih daripada 11 gaya tajuk beranimasi seperti Pisah, Dedah atau Timbul
• Laraskan sebarang tajuk dengan menukar fon, warna, saiz, lokasi dan banyak lagi
• Tambah latar belakang padu, gradien dan bercorak kepada filem anda
• Import dan edit video yang ditangkap dalam mod Sinematik pada iPhone 13 atau lebih baharu
• Tambah, laraskan dan padamkan titik fokus serta ubah suai kesan kedalaman medan dalam video yang dirakam dalam mod Sinematik*
• Tambah kesan gambar dalam gambar, skrin hijau dan skrin terpisah dengan mudah
• Pilih daripada lebih daripada 130 lagu tema yang melaras secara automatik agar sepadan dengan panjang filem anda
• Tambah kesan bunyi, lagu daripada pustaka muzik anda dan pengisahan anda sendiri
• Sambungkan papan kekunci dan gunakan pintasan ringkas untuk mengedit filem dengan cepat
• Sambungkan trackpad atau tetikus ke iPad untuk pembuatan filem yang cepat dan tepat

iMovie di mana-mana sahaja
• Pindahkan projek antara iPhone dan iPad anda menggunakan AirDrop atau iCloud Drive
• Hantar projek ke Mac anda melalui AirDrop atau iCloud Drive untuk selesai mengedit dengan iMovie atau Final Cut Pro
• Sambungkan paparan luaran ke iPhone atau iPad anda dan pilih untuk mencerminkan antara muka iMovie atau memaparkan video anda dalam skrin penuh semasa anda mengedit*

Kongsi bersama rakan dan keluarga
• Hantar video dengan Mail dan Mesej
• Simpan ke pustaka Foto anda dalam resolusi sehingga 4K pada 60 bingkai setiap saat***
• Eksport video yang dioptimumkan untuk Instagram, YouTube dan destinasi video popular yang lain

* Memerlukan iPhone XS atau lebih baharu, iPad mini (generasi ke-5 atau lebih baharu), iPad Air (generasi ke-3 atau lebih baharu), iPad Pro 11 inci atau iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-3 atau lebih baharu)

** Sokongan paparan luaran memerlukan iPhone 7 atau lebih baharu, iPad (generasi ke-6) atau lebih baharu, iPad Air 3 atau lebih baharu, iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-2) atau lebih baharu

*** Sokongan 4K pada 60 bingkai setiap saat memerlukan iPod touch (generasi ke-7), iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 7, iPad (generasi ke-6) atau lebih baharu, iPad mini (generasi ke-5), iPad Air 3 atau lebih baharu, iPad Pro 10.5 inci atau lebih baharu

Apa Yang Baru

Versi 3.0.3

• Akses dipertingkat untuk menggantikan dan mengedit klip dalam projek Filem Ajaib dan Papan Cerita
• Membetulkan isu apabila mengetik Edit Klip pada klip dipilih akan membuka klip berlainan
• Termasuk peningkatan kestabilan dan prestasi

Penilaian dan Ulasan

4.0 daripada 5
3K Penilaian

3K Penilaian

AMINAJ16 ,

Users Recommendations

Dear developers of iMovie,
Please do updates and improve iMovie features. For sake of iOS users especially those who are using iPad and iPhone, make something more interesting on features section. Provides more transitions, fonts, themes, etc. essential to users. Additionally, do improve something on subtitles option and users would be easier to construct subtitles neatly and nice. Please…hear me out….this is the second time i write review for this app. We are moving forward into development of applications. So I urge developers to improve this application immediately before or after the release of IOS 15…
THANK YOU!!!

blueladyplatipu52 ,

Lack Of Features

I would like to suggest iMovie developer to improve the lacking of features in iMovie such as transitions, fonts and able to put subtitles easily. Furthermore, I would like to request for subtitle options that could adjust the font size and also the position of sentences. So that, every user of iMovie can use iMovie with more features like MacBook. Hope that iMovie developer will respond to my suggestions. Thank you!

sKriig ,

Lack of Transition Effects and Video Quality

I recently downloaded iMovie and it was the best editing software to use, very simple and easy to understand. But the lack of transitions in this app make the app loses it light. So, developer please add more transitions effects

And one more thing that I noticed recently.
After like 4-5 editing project , when you download the edited video to save to your iphone. You will see the video quality drop, from 720p to 240p when upload it to instagram or facebook.

Please Developer of iMovie
- Add more Transition Effects
- Try to fix the quality upload
- Maybe hearing some of your users may made this app very very useful

Sincerely your #1 fan of iMovie
sKriig

Privasi App

Pembangun, Apple, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Kandungan Pengguna
  • Pengecam

Data Tidak Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul tetapi tidak dipautkan ke identiti anda:

  • Lokasi
  • Data Penggunaan

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

Apple Books
Buku
Apple Podcasts
Hiburan
Cari Rakan Saya
Rangkaian Sosial
GarageBand
Muzik
Shazam: Cari Muzik
Muzik
Keynote
Produktiviti

Anda Mungkin Menyukai

LumaFusion
Foto & Video
DaVinci Resolve for iPad
Foto & Video
Adobe Premiere Rush:Edit Video
Foto & Video
Filmmaker Pro - Video Editor
Foto & Video
PowerDirector - Video Editor
Foto & Video
Filmora HD-Video Editor&Maker
Foto & Video