macOS Mojave 4+

Apple

    • Percuma

Tangkapan Skrin

Penerangan

macOS Mojave membawakan ciri baru yang diilhamkan daripada penggunanya yang paling berkuasa tetapi direka bentuk untuk semua orang. Kekal fokus terhadap kerja anda menggunakan Mod Gelap. Susun desktop anda menggunakan Tindanan. Alami tiga app terbina dalam baru. Serta temui app baru dalam Mac App Store yang dibayangkan semula.


Mod Gelap
• Alami penampilan baru yang dramatik untuk Mac anda yang menyerlahkan kandungan anda sementara kawalan tenggelam di latar belakang.
• Nikmati rekaan app baru yang selesa dipandang dalam keadaan gelap.


Desktop
• Lihat gambar desktop yang sentiasa bertukar dengan Desktop Dinamik.
• Susun desktop anda secara automatik mengikut jenis, tarikh, atau tag menggunakan Tindanan.
• Ambil imej pegun dan video skrin anda menggunakan utiliti Tangkapan Skrin.


Finder
• Cari fail anda secara visual menggunakan pratonton besar dalam Paparan Galeri.
• Lihat metadata penuh untuk semua jenis fail dalam anak tetingkap Pratonton.
• Putar imej, cipta PDF dan banyak lagi — dalam Finder menggunakan Tindakan Cepat.
• Tandakan dan tandatangan PDF, pangkas imej serta potong fail audio dan video menggunakan Lihat Cepat.


Kamera Kesinambungan
• Ambil gambar objek atau imbas dokumen berdekatan menggunakan iPhone anda dan ia muncul secara automatik pada Mac anda. 


Mac App Store
• Layari app yang dipilih sendiri dalam tab Temui, Cipta, Kerja dan Main.
• Temui app yang sempurna dan gunakan sepenuhnya app yang anda miliki dengan cerita, koleksi terurus dan video.


iTunes
• Cari dengan lirik untuk mencari lagu menggunakan beberapa perkataan yang anda ingat.
• Mulakan stesen diperibadikan untuk sebarang muzik artis daripada halaman artis yang dipertingkatkan.
• Nikmati Friends Mix baru, senarai main lagu yang didengari oleh rakan anda.


Safari
• Sekat butang Kongsi dan Suka, widget komen dan kandungan dibenamkan daripada menjejak anda tanpa kebenaran anda menggunakan Pencegahan Penjejakan Pintar.
• Halang tapak web daripada menjejak Mac anda menggunakan profil sistem ringkas yang menjadikan identiti anda lebih dirahsiakan dalam talian.


Saham
• Cipta senarai pemerhatian disesuaikan dan lihat carta interaktif yang diselaraskan merentas Mac dan peranti iOS anda.


Memo Suara
• Cipta rakaman audio, dengarkannya semasa anda bekerja dengan app lain, atau gunakannya dalam podcast, lagu, atau video.
• Akses klip audio daripada iPhone pada Mac anda menggunakan iCloud.

Rumah
• Susun dan kawal semua aksesori HomeKit anda daripada desktop anda.
• Terima pemberitahuan pada masa nyata daripada peranti rumah anda semasa anda bekerja.

Apa Yang Baru

Versi 10.14.6

Kemas kini macOS Mojave 10.14.6 meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan Mac.

Kemas kini ini:
• Menangani isu yang menghalang penciptaan petak Boot Camp baru pada iMac dan Mac mini dengan Fusion Drive
• Menyelesaikan isu yang mungkin menyebabkan tersekat semasa bermula semula
• Menyelesaikan isu grafik yang mungkin berlaku apabila bangun daripada tidur
• Membetulkan isu yang mungkin menyebabkan video skrin penuh kelihatan hitam pada Mac mini
• Meningkatkan kebolehpercayaan perkongsian fail melalui SMB

Lagi Daripada Pembangun Ini

Apple Books
Buku
Apple Podcasts
Hiburan
Cari Rakan Saya
Rangkaian Sosial
GarageBand
Muzik
Shazam: Cari Muzik
Muzik
iMovie
Foto & Video