PlantNet 4+

Pengenalan tumbuhan

Cirad-France

Direka bentuk untuk iPad

    • 4.7 • 22 Penilaian
    • Percuma

Tangkapan Skrin

Penerangan

With the Pl@ntNet app, identify one plant from a picture, and be part of a citizen science project on plant biodiversity.

Pl@ntNet adalah aplikasi yang membolehkan anda mengenalpasti tumbuhan dengan hanya mengambil gambar di telefon pintar anda. Aplikasi ini sangat berguna apabila tiada pakar botani berdekatan anda. Pl@ntNet juga merupakan projek sains rakyat yang hebat: semua tumbuhan yang diambil dikumpulkan dan dianalisi oleh saintis di seluruh dunia untuk lebih memahami evolusi tumbuhan biodiversiti serta mengenal pasti tumbuhan yang mula pupus.

Pl@ntNet membolehkan anda mengenalpasti dan memahami semua jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup dengan lebih baik: tumbuhan berbunga, pokok-pokok, rumput, konifer, pucuk-paku, anggur, salad liar mahupun kaktus. Pl@ntNet juga boleh mengenal pasti sebahagian besar tumbuhan yang ditanam di taman. Tetapi ini bukannya tujuan utama Pl@ntNet. Kami amat memerlukan pengguna Pl@ntNet untuk menyimpan data tumbuhan liar, tumbuhan yang tumbuh di kaki lima, mahupun di tengah-tengah kebun.

Semakin banyak maklumat visual tumbuhan yang anda sumbangkan kepada Pl@ntNet, semakin tepat pengenalapastian Pl@ntNet. Sedia maklum banyak tumbuhan yang kelihatan sama jika kita perhatikan dari jauh, walau bagaimanapun, butiran yang kecil ini yang membezakan jenis yang berlainan walaupun tumbuhan itu dari induk yang sama. Bahagian seperti kelopak bunga, buah-buahan serta daun adalah organ yang paling unik dari spesis mereka dan bahagian ini yang perlu diutamakan. Butiran seperti duri, tunas atau bulu pada batang juga boleh digunakan. Satu gambar pokok yang lengkap memang sangat berguna, tetapi selalunya tidak mencukupi untuk mengenal pasti identiti tumbuhan.

Pada masa ini Pl@ntNet dianggarkan mampu mengenal pasti 20,000 jenis spesis. Dimana, kami masih lagi jauh dari 360,000 spesis yang hidup di muka bumi ini, walau bagaimanapun data tumbuhan PlantNet semakin bertambah setiap hari! Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang berpengalaman dalam kalangan anda. Jangan takut untuk menyumbang! Kerana sumbangan anda akan dinilai semua oleh para komuniti sebelum dimasukan ke dalam galeri tumbuhan. Sumbangan anda juga berkemungkinan dipamerkan di galeri spesis tumbuhan aplikasi ini.

Versi baru Pl@ntNet yang dikeluarkan pada bulan Januari 2019 termasuk penambahbaikan serta ciri-ciri baharu berikut:

- Keupayaan untuk menapis spesis yang diiktiraf oleh induk atau keluarga tumbuhan.
- Memberi lebih banyak perhatian kepada pengguna yang berkemahiran dalam membezakan semakan data (khususnya bilangan spesis diperhatikan, disahkan oleh masyarakat).
- Bersama-sama mengenal pasti semula tumbuhan, sama ada milik anda atau pengguna lain.
- Cadangan gambar kepada pengguna yang kurang pasti jenis tumbuhan yang dicari.
- Pemilihan tumbuhan kegemaran anda supaya anda dapat mengaksesnya degan lebih cepat.
- Navigasi di tahap taksonomi yang berbeza dalam galeri imej.
- Pemetaan pemerhatian anda.
- Pautan kepada senarai fakta.

https://identify.plantnet.org/

Apa Yang Baru

Versi 3.20.4

Spot it, log it! Use the new 'observed' filter with an eye icon to keep track of what you've seen. Autofill locality information locally on the device, and explore nearby species directly from the explorer! Enjoy our refreshed UI with landscape mode.

Penilaian dan Ulasan

4.7 daripada 5
22 Penilaian

22 Penilaian

For F Sake ,

PlantNet review

Accurate easy to use app. Gives a lot of information about each plant. I highly recommend this app. Mike

rool13958 ,

PRETTY HELPFUL

love it!! useful free apps..not like other so called free apps out there..thanks a lot 😘

rosnaini ,

Plant identifier

Very accurate love it

Privasi App

Pembangun, Cirad-France, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Lokasi
  • Maklumat Hubungan
  • Kandungan Pengguna

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Anda Mungkin Menyukai

Planto: Plant Identifier
Pendidikan
PlantSnap - identify plants
Pendidikan
Plant Identifier, Plant Care
Pendidikan
Plant Identifier - FREE of ads
Pendidikan
Plant Identification ++
Pendidikan
BirdNET
Pendidikan