SKRWT 4+

Mathaeus Jagielski

Direka bentuk untuk iPad

    • RM9.90
    • Menawarkan Pembelian In-App

Tangkapan Skrin

Penerangan

DAPATKAN SKRWT SEKARANG UNTUK SEKURANG-KURANGNYA POTONGAN HARGA 50%!

Aplikasi Terbaik 2014 - The App Store
10 Aplikasi Fotografi Terbaik - The Guardian UK
Menjadikan Foto iPhone Anda Kelihatan Profesional Dengan SKRWT - AppAdvice
SKRWT merupakan pelengkap bagi Kesempurnaan Foto iPhone - Paste Magazine
10 Aplikasi iPhone Yang Menakjubkan Untuk Fotografi Anda - Business Insider
7 Apps Yang Wajib Dimiliki Oleh Jurupandu Dron - fromwhereidrone.com
5 Aplikasi iPhone Yang Tidak Boleh Anda Abaikan - Time.com

-

SKRWT (“Aplikasi Terbaik 2014” Di Kedai App) merupakan alat pembetulan kanta dan fungsi sudut pandangan terbaik di dunia. Direka untuk membantu meningkatkan kualiti foto telefon pintar dengan hanya beberapa ketik (taps), SKRWT versi 1.5 kini lebih hebat berbanding dengan versi terdahulu. Dengan beberapa ciri-ciri yang tiada tandingannya dan aplikasi lanjutan yang mengkagumkan seperti MRRW dan 4PNTS, aplikasi hebat ini merupakan alat yang wajib dimiliki buat peminat fotografi yang canggih seperti anda. Ayuh simetri!

#SKRWT #MRRW #4PNTS

-

SKRWT

Selamat tinggal buat garisan tertumpu: SKRWT merupakan aplikasi pembetulan kanta dan fungsi sudut pandangan dengan pelbagai kegunaan untuk para pencinta simetri. Membetulkan garisan mendatar dan menegak serta gangguan kanta untuk gambar yang diambil menggunakan penyesuai, DSLR, GoPro atau kamera dron. Dengan fungsi unik pemotongan-automatik dan antaramuka intuitif yang mudah difahami, SKRWT amat diperlukan dalam fotografi telefon pintar yang berkualiti tinggi. Sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti dan simetri, SKRWT adalah pilihan yang bijak untuk anda.

-

4PNTS

Dengan 4PNTS, para pereka SKRWT telah memikirkan semula aliran kerja bagi fungsi pembetulan sudut pandangan dengan menghasilkan aplikasi lanjutan yang wajib dimiliki. Pendekatan amali untuk transformasi foto profesional: 4PNTS membenarkan anda bekerja secara manual ke atas satu atau lebih titik sudut imej anda, menukar proses pembetulan sudut pandangan kepada proses manipulasi intuisi secara keseluruhan. Alat-4-titik-sudut pandangan ini boleh didapati melalui pembelian aplikasi tambahan – anda boleh melakukan transformasi artistik, mencondongkan dan meningkatkan kualiti foto anda melalui SKRWT. Pilihan anda, kreativiti anda, tangkapan anda.

-

MRRW

SKRWT memperkenalkan 4 kesan pantulan yang berketapan tinggi di dalam alat pantulan yang tiada tandingan ini untuk telefon pintar anda. Dengan pendekatan terkini bagi manipulasi imej secara kreatif, MRRW membongkarkan simetri tersembunyi dalam imej tangkapan anda dan membolehkan anda menemui kebebasan artistik dan kreativiti yang sebelum ini merupakan suatu perkara yang mustahil. Terokai kemungkinan baru dalam komposisi dan gunakan fungsi pembetulan sudut pandangan dan fungsi pemotongan-automatik melalui SKRWT yang berkualiti. Nikmat tanpa henti buat para pengguna MRRW!

-

instagram.com/doyouskrwt
facebook.com/skrwtapp
twitter.com/doyouskrwt
hello@skrwt.com

-

#SKRWT #DOYOUSKRWT #ALLHAILSYMMETRY

Apa Yang Baru

Versi 1.5

Helo dan selamat datang kembali ke SKRWT v1.5!

Ini untuk anda - akhirnya kami tampilkan kemas kini yang menyelesaikan semua masalah - SKRWT v1.5 kini akan berfungsi dengan lancar pada peranti anda lagi. Kami ingin memohon maaf kerana membuatkan anda menunggu begitu lama. Kami sudah kembali dan berharap anda menyukai apa yang kami lakukan dengan v1.5:

Memperbaiki pepijat serta penambahbaikan back-end yang besar
Membuang semua pembelian dalam aplikasi dan menjadikannya PERCUMA
Reka bentuk semula susun atur telefon yang lengkap

Ya, SKRWT v1.5 hadir dengan wajah yang baru dan moden! Di samping itu, kami telah membuang pembelian dalam aplikasi agar MRRW & 4PNTS kini percuma serta sebagai sebahagian daripada keseluruhan pengalaman SKRWT.

Terima kasih kerana setia bersama kami! Sekiranya anda gemarkan pengemaskinian ini, pertimbangkan untuk memberikan penilaian - ini amat membantu dan maklumkan kami jika anda masih mempunyai sebarang isu, komen ataupun idea!

Jaga diri & kekal waras!

Cinta & Simetri
SKRWT

Penilaian dan Ulasan

3.9 daripada 5
30 Penilaian

30 Penilaian

Ez4Sh4rk ,

FAILED TO SAVE!

I cant save my editing ! Why ? I purchased this apps . But now he said “ FAILED TO SAVE ! Please check your storage” i have 200GB unused . Please fix ! This not free apps ! Use money ok .

Respons Pembangun ,

Hey there! Please update SKRWT to the newest version 1.5! With this update we are fixing this problem! (: Simply update it from your App Store and if you like it we'd appreciate a 5* rating! Love & Symmetry.

Konek Besi ,

No update?

App is glitchy. Cannot save as it says not enough storage.
Where’s the developer? Passed away?

Respons Pembangun ,

Hello Konek Besi, I am really sorry for the inconvenience! We had some issues with Live-Photos in the past but it's fixed now! With our latest update - SKRWT v1.5 - we updated the interface, fixed all the bugs and made MRRW & 4PNTS for FREE! Simply update the app on the App Store and if you like it maybe we can bump this rating up a little. ((: Love & Symmetry!

azlansulaiman ,

Failed to save due to storage error

The app is great and I was one of your first advocates when you guys just started. Pretty disappointed with the app maintenance. I’m using ip11 pro and it’s not compatible

Respons Pembangun ,

Hello zlansulaiman! Thank you for your ongoing support! I just wanted to let you know that we have finally updated SKRWT to version 1.5 and everything is working perfectly fine again ((: please give it a try - we hope that we can get back onto your phone again with this one and earned a 5* rating! Love & Symmetry.

Privasi App

Pembangun, Mathaeus Jagielski, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Tidak Dikumpul

Pembangun tidak mengumpul sebarang data daripada app ini.

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Anda Mungkin Menyukai

Mextures Photo Editor
Foto & Video
Distressed FX
Foto & Video
Even Longer
Foto & Video
TinType by Hipstamatic
Foto & Video
Slow Shutter Cam
Foto & Video
Classic Camera by Hipstamatic
Foto & Video