Supermarket Game - Shopping 4+

Fun Cashier & Grocery Games

BUBADU information technology Ltd.

Direka bentuk untuk iPad

    • Percuma
    • Menawarkan Pembelian In-App

Tangkapan Skrin

Penerangan

Pengurus pasar terbaik dalam kegilaan membeli belah!

Selamat datang ke syurga membeli belah! Bantu pelanggan anda membeli belah dan bersedia untuk berseronok!

Pasar raya ini mempunyai pelbagai seksyen: mesin tunai, bahagian runcit, keju dan salami, buah-buahan dan sayur-sayuran, gula-gula, alat mainan, kawasan kitar semula dan lain-lain. Lakukan tugasan yang diperlukan dan sediakan perkhidmatan membeli belah terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan anda.

• Mesin tunai: Berseronoklah dengan mengimbas barang-barang dan mengeluarkan invois. Belajar tentang nombor dan pastikan untuk mendapatkan jumlah wang yang tepat, seperti juruwang sebenar.
• Runcit: Perhatikan dengan teliti dalam permainan dengan objek-objek tersembunyi di mana anda mesti mencari makanan dan minuman seperti kek, lolipop, coklat, jus, spageti dan banyak lagi. Bantu pelanggan anda mencari apa yang mereka perlukan.
• Keju dan salami: Susun aneka jenis salami dan keju daripada sawat penyampai. Seret item ke kotak masing-masing dan jadi penyusun terpantas dalam kedai anda.
• Buah-buahan dan sayur-sayuran: Kutip buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan elakkan yang sudah rosak. Kumpulkan pisang, strawberi, tomato. lobak merah dan makanan kesihatan yang lain.
• Gula-gula: Bahagian gula-gula sentiasa menjadi bahagian paling seronok dalam pasar raya. Isikan dengan tepat cawan-cawan yang beratur dengan aneka jenis gula-gula.
• Tempat timbang: Bungkus buah-buahan dan sayur-sayuran dalam beg, letak kuantiti tepat di atas penimbang dan timbang. Lihat skrin pada penimbang dan elakkan nombor merah.
• Kitar semula: Selamatkan dunia daripada pencemaran dengan mempelajari bagaimana mengitar semula dan mengisih barang lupus anda. Letakkan item dengan betul dalam tong kitar semula yang berbeza: kertas, plastik, kaca, bateri dan organik.
• Penangkap alat mainan: Gunakan butang pengemudi untuk menggerakkan pencengkam dan tekan butang merah untuk mengangkutnya. Berseronoklah menyambar alat mainan dalam mesin penangkap alat mainan.
• Penghantaran: Pandu trak penghantaran di atas jalan raya lima lorong dan hantar bungkusan. Uji kemahiran anda memandu dan cilok di celah-celah trafik yang sibuk sepantas mungkin.
• Tangkap pencuri: Jadilah adiwira dan tangkap pencuri dalam pasar raya. Anda hendaklah pantas bertindak!

Kawal pasar raya dalam keadaan baik dan jadilah pekedai terbaik dalam permainan membeli belah ini!

Ciri-ciri:
• mudah dan menyeronokkan untuk dimainkan
• animasi dan kesan bunyi yang menarik
• 10 permainan mini dan kawasan membeli belah popular
• anugerah penguasaan cabaran dengan pingat gangsa, perak dan emas

Permainan ini adalah percuma untuk dimainkan tetapi sesetengah item dan ciri dalam permainan, juga sesetengah yang disebutkan dalam perihalan permainan, mungkin memerlukan pembayaran melalui pembelian dalam aplikasi yang mengenakan wang sebenar. Sila semak tetapan peranti anda untuk pilihan yang lebih terperinci mengenai pembelian dalam aplikasi.

Permainan mengandungi pengiklanan untuk produk-produk Bubadu atau beberapa pihak ketiga yang akan menghalakan pengguna kepada laman atau aplikasi pihak ketiga.

Dasar privasi policy: https://bubadu.com/privacy-policy.shtml
Terma perkhidmatan: https://bubadu.com/tos.shtml

Apa Yang Baru

Versi 1.48

- maintenance

Penilaian dan Ulasan

4.3 daripada 5
12 Penilaian

12 Penilaian

Privasi App

Pembangun, BUBADU information technology Ltd., menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Pembelian
  • Lokasi
  • Data Penggunaan
  • Diagnostik
  • Data Lain

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Lagi Daripada Pembangun Ini

Bubbu – My Virtual Pet Cat
Permainan
Restoran Bubbu - Ceria Memasak
Permainan
Duddu - Anjing Maya Saya
Permainan
My Baby Care: Babysitter
Permainan
Bubbu 2 - Kerajaan Haiwanku
Permainan
Cake Maker Deluxe
Permainan

Anda Mungkin Menyukai

Supermarket Shopping Mall Game
Permainan
Supermarket Grocery Store Girl
Permainan
Kid-E-Cats. Hospital fun game
Permainan
Pusat membeli-belah dan berhia
Permainan
Permainan pasaraya lucu
Permainan
Resepi Masakan Terbaik Dunia
Permainan