Terumbu Karang oleh Tinybop 4+

Temui hidupan di bawah laut‪.‬

Tinybop Inc.

Direka bentuk untuk iPad

    • RM19.90

Tangkapan Skrin

Penerangan

Terokai bawah air dengan kehidupan laut. Main dan belajar tentang ikan yu, sotong kurita, penyu laut, ubur-ubur dan sebagainya. Ketahui cara makhluk-makhluk laut hidup bersama dalam satu ekosistem.

Terumbu karang merupakan Nombor 10 dalam pemenang anugerah Pustaka Penjelajah Tinybop, iaitu satu siri aplikasi yang direka bentuk untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada idea-idea besar. Aplikasi Pustaka Penjelajah yang lain termasuk Badan Manusia, Mesin Ringkas, Bumi, Cuaca, Rumah, Bangunan Pencakar Langit, Ruang dan Mamalia.

Setiap aplikasi Pustaka Penjelajah mengajar kanak-kanak tentang sains asas. Kanak-kanak belajar dengan bermain, melihat, bertanya soalan, membuat andaian dan mencari jawapan. Kami berharap setiap aplikasi memberikan inspirasi perbualan antara anda dengan anak-anak anda dan meningkatkan lebih banyak pengetahuan di dunia sekeliling kita.

Ciri-ciri:
○ Bermain dengan dan belajar tentang kehidupan laut, termasuk: jerung karang bermuncung hitam, penyu laut hijau, sotong kurita biru yang besar, ubur-ubur kotak, ikan badut, buran jenis Heteractis magnifica, tapak sulaiman biru, udang mantis merak, ikan bayan, ikan tang kuning, ikan pembersih, karang tanduk rusa, ketam, rumput laut dan zooplankton.
○ Mulakan kegilaan memberi jerung makan! Ketahui cara ikan lain hidup.
○ Main sorok-sorok dengan sotong kurita.
○ Bantu bersihkan penyu.
○ Cuba selamatkan ketam daripada udang yang ingin menumbuknya!
○ Lihat perjalanan makanan melalui badan ubur-ubur.
○ Ketahui cara tapak sulaiman membersihkan detritus.
○ Lihat cara ikan bayan membantu memastikan terumbu karang sihat.
○ Temui cara matahari membantu alga dan tumbuhan laut tumbuh menjadi makanan untuk hidupan laut.
○ Kenali jenis makhluk-makhluk laut yang merupakan karnivor, omnivor, herbivor dan detritivor.
○ Label teks yang interaktif dalam 20+ bahasa mengajar perbendaharaan kata.
○ Buku Panduan Terumbu Karang PERCUMA mengandungi petua dan maklumat asas untuk para guru dan ibu bapa.
○ Selaras dengan kurikulum sekolah.
○ Menyeronokkan untuk seisi keluarga - bermain dan belajar bersama.
○ Tiada pengiklanan pihak ketiga.
○ Aktiviti terbuka tanpa peraturan. Sifat ingin tahu dan kreativiti akan diberi ganjaran.
○ Karya seni asal oleh Wenjia Tang.
○ Rekaan bunyi asal.

Buku panduan PERCUMA
Buku panduan yang disemak pakar kami penuh dengan fakta, pembayang interaksi dan soalan perbincangan untuk menyokong pembelajaran dalam apl ini, di dalam bilik darjah atau di rumah. Muat turun dalam apl anda atau di: http://tinybop.com/handbooks.

Dasar privasi
Kami memandang serius privasi anda dan anak anda. Kami tidak mengumpul atau berkongsi maklumat peribadi tentang anak anda, kami juga tidak membenarkan sebarang pengiklanan pihak ketiga.

Apabila kamera, mikrofon dan perkhidmatan lain digunakan dalam apl, maklumat anda tidak dikumpulkan atau diedarkan di luar apl.

Baca dasar privasi lengkap kami di tinybop.com.

Tinybop, Inc. ialah studio pereka, jurutera dan artis yang berpangkalan di Brooklyn. Kami membuat mainan untuk esok. Kami berada di seluruh internet.
Lawati kami: www.tinybop.com
Ikuti kami: twitter.com/tinybop
Suka kami: facebook.com/tinybop
Intai di sebalik tabir: instagram.com/tinybop

Kami suka mendengar cerita anda! Hubungi: hi@tinybop.com.

Apa Yang Baru

Versi 1.0.6

Dikemas kini untuk iOS 16

Privasi App

Pembangun, Tinybop Inc., menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Tidak Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul tetapi tidak dipautkan ke identiti anda:

  • Data Penggunaan
  • Diagnostik

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Sokongan

  • Perkongsian Keluarga

    Maksimum enam ahli keluarga boleh menggunakan app ini dengan Perkongsian Keluarga diaktifkan.

Lagi Daripada Pembangun Ini

Badan Manusia LITE
Pendidikan
Kilang robot oleh Tinybop Lite
Pendidikan
Badan Manusia oleh Tinybop
Pendidikan
Kilang robot oleh Tinybop
Pendidikan
Bangunan pencakar langit
Pendidikan
Bumi oleh Tinybop
Pendidikan

Anda Mungkin Menyukai

Pango Build Safari : kids 3-8
Pendidikan
How did Pirates Live?
Pendidikan
Thinkrolls Space
Pendidikan
What’s in The Oceans?
Pendidikan
Train Kit: Space
Pendidikan
Train Kit
Pendidikan