TIP KEHIDUPAN

Meditasi Tanpa Keengganan

Dan Harris akan membantu anda merehatkan minda. Tekan untuk baca.

Dan Harris bermeditasi selama dua jam setiap hari, tetapi dia jarang bercakap mengenainya.

“Jika saya memberitahu orang ramai bahawa saya melakukan meditasi selama dua jam, mereka pasti akan mengatakan, ‘Lelaki ini gila’ atau ‘Tak mungkin dia dapat melakukannya selama dua jam,’” ujar pengasas bersama app 10% Happier: Meditation.

Harris sama sekali tidak mempunyai banyak masa terluang. Beliau juga merupakan seorang pembaca berita bersama bagi rancangan Nightline dan Good Morning America, pengarang buku terkenal, pengacara audio siar, suami dan seorang ayah.

Pada dasarnya, sama ada anda cuba untuk bermeditasi selama 1 minit atau 120 minit sehari, halangannya tetap sama.

“Cabaran terbesar adalah untuk mencari masa,” kata beliau. “Tetapi pada saya, semua ini adalah dari sudut psikologi. Masyarat sekarang mempunyai tanggapan tentang ketidak cukupan masa.”

Satu hari dalam kehidupan: 5.45 pagi. Dan Harris mencuri masa selama 5 minit untuk bermeditasi di dalam teksi untuk ke tempat kerja.

Detik tercuri

Harris mempunyai taktik untuk mencapai durasi dua jam: Beliau membahagikan masa tersebut kepada sesi yang lebih pendek pada siang hari, sama ada di dalam teksi untuk ke pejabat atau ketika sedang menunggu untuk ke udara di ABC.

Semasa Harris berkongsikan manfaat-manfaat meditasi kepada mereka yang sering sibuk, beliau menasihati mereka untuk bermula dengan sesi yang pendek. Itulah sebabnya app 10% Happier ini mempunyai latihan berpandu ringkas yang akan dibimbing oleh tenaga pengajar terhormat seperti Jon Kabat-Zinn, Joseph Goldstein, dan Sharon Salzberg. Latihan ini berdurasi daripada 1 hingga 10 minit.

“Meditasi selama satu minit juga berharga,” ujar Harris. “Ia juga dapat membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan tabiat ini.”

Hari ini, Harris bangun pada jam 3:45 pagi. Pada jam 8:30 pagi, beliau telah melakukan meditasi selama 31 minit.

Perhatikan jam

Beliau akan mengekhaskan 15 minit meditasi di rumah, iaitu setelah mandi dan memakai baju (beliau bermeditasi sebelum sarapan, kerana penghadaman akan membuatkan beliau pening); melakukan sesi 6 minit di dalam teksi; dan meditasi “berjalan” selama 10 minit di pejabatnya sesudah bersiaran. (Harris memilih meditasi berjalan berbanding duduk pada waktu tersebut supaya tidak tertidur.)

Kemudian, beliau akan menikmati sarapan bersama keluarganya di pejabat, seterusnya merakam episod audio siar, dan melakukan satu lagi meditasi selama 9 minit di tempat kerja, dan meditasi berjalan selama 5 minit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Jumlah tempoh meditasi sehingga jam 2:15 petang (di mana bagi kebanyakan orang adalah jam 5 petang): 45 minit.

Selepas itu, beliau menambah 42 minit lagi dengan dua kali meditasi selama 11 minit ketika menaiki teksi dan 5 hingga 10 minit meditasi duduk. Beliau akan menyudahkan baki 33 minit meditasi sebelum tidur.

8:10 pagi, Harris akan melakukan meditasi berjalan. Lihat app 10% Happier untuk mengetahui caranya.

Hidup dalam keseimbangan

Sudah hampir tiga tahun Harris melakukan cabaran dua jam sehari ini, tetapi permulaannya adalah mencabar. “Sejujurnya, ia mengakibatkan banyak masalah kepada isteri saya kerana saya melakukan perkara yang tidak sepatutnya—cahaya mata kami baru berusia 6 bulan ketika saya bermula,” ujar beliau.

“Saya mengambil sedikit masa untuk memikirkan cara mencuri masa supaya saya dapat meluangkan masa bersama keluarga.”

Apakah rahsianya dalam mencapai keseimbangan meditasi, kerja dan keluarga? Menjadi “tupai rahsia” dengan hanya melakukannya apabila beliau tiada di rumah atau apabila keluarganya tidur. “Saya dibantu dan terdorong oleh jadual ini. Ia berhasil, tetapi tidak pada awalnya.”

Hasil yang menenangkan

Harris tidak melakukan cabaran ini untuk mencapai matlamat yang khusus, tetapi beliau melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. “Bertenang, beri tumpuan dan keprihatinan supaya gesaan dan dorongan anda tidak menyesakkan anda. Serta sentiasa peka,” ujar beliau.

Ibu bapa saya adalah saintis dan saya berkahwin dengan seorang saintis, jadi saya perlu menjadi sangat berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang saya ajukan.

Walaupun beliau menghabiskan kira-kira 8 peratus daripada harinya untuk “tidak melakukan apa-apa,” Harris mendapati bahawa amalan ini sebenarnya memberikan pelbagai manfaat kepada beliau.

“Ibu bapa saya adalah saintis dan saya berkahwin dengan seorang saintis, jadi saya perlu menjadi sangat berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang saya ajukan,” sambung beliau.

“Dua jam ini telah meningkatkan produktiviti dan kreativiti saya kerana ia membenarkan saya memikul beban kerja yang mungkin sebelum ini tidak dapat saya tangani.”

8:00 malam. Harris bermeditasi selama 33 minit sebelum masuk tidur. Misi tercapai.

Nasihatnya kepada mereka yang bermeditasi adalah jelas: Lakukan eksperimen dan lihat apa yang sesuai untuk anda. Jangan berikan sebarang alasan kepada diri anda sendiri.

“Minda kita sentiasa mencari alasan.”