MARI BERMULA

Panduan Ibu Bapa bagi App Store

Anda boleh memastikan anak anda dipadankan dengan kandungan yang sesuai dengan umur mereka. Berikut adalah beberapa cara untuk menguruskan aktiviti mereka.

Masa Skrin

Masa Skrin memberikan anda lebih kefahaman tentang masa yang anda dan anak-anak anda habiskan dengan menggunakan app, melawati laman web dan pada peranti anda secara keseluruhan. Anda boleh mendapatkan laporan mingguan atau melihat penggunaan app yang tertentu serta melihat pemberitahuan dan penggunaan peranti. Masa Skrin juga membolehkan anda menentukan jumlah masa harian yang boleh dihabiskan oleh anda dan anak-anak anda menggunakan app dan laman web tertentu. Anda boleh membuat pengecualian untuk app tertentu seperti Mesej atau app berasaskan pendidikan dan anak-anak sentiasa boleh meminta lebih banyak masa untuk anda luluskan. Dengan Masa Henti, anda boleh mengesetkan masa tertentu seperti waktu tidur apabila app dan pemberitahuan disekat. Anda boleh memilih app mana yang dibenarkan dan app mana yang tidak dibenarkan.

Pembelian In‑App

Sesetengah app dan permainan menawarkan pembelian in‑app yang merupakan transaksi pilihan yang mengubah kefungsian app. Bergantung kepada seting kata laluan anda, setelah anda memasukkan kata laluan untuk membuat pembelian in‑app, anda boleh membuat pembelian in‑app tambahan selama 15 minit tanpa memasukkan semula kata laluan anda. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubah seting peranti anda supaya kata laluan diperlukan bagi setiap pembelian. Untuk menukar kekerapan kami meminta kata laluan anda dalam iOS 12 atau versi lebih baharu, buka Seting, kemudian ketik iTunes & App Store untuk mengubah seting anda bagi pembelian tambahan. Jika anda menggunakan Touch ID atau Face ID, ia diperlukan untuk setiap pembelian.

Pastikan Ia Bersesuaian dengan Umur

Ibu bapa boleh mencari pelbagai kandungan yang sesuai dengan umur berdasarkan kepada penilaian umur yang disenaraikan dengan setiap app. App Store memudahkan pencarian app yang sesuai untuk pengguna yang lebih muda di bahagian kanak‑kanak di App Store. Laman kategori Kanak‑kanak memenuhi keperluan kumpulan umur tertentu (5 tahun & ke bawah, 6‑8 tahun dan 9‑11 tahun) dan menampilkan app serta permainan di mana pembangun telah kenal pasti sebagai bersesuaian dengan kumpulan umur tersebut. Cara ini memudahkan ibu bapa mencari app dan permainan hebat yang diketahui sesuai untuk anak‑anak mereka. Julat umur bagi setiap app turut disenaraikan di laman produk tersebut.

Lindungi Peranti Anda dengan Kod Laluan, Touch ID atau Face ID

Untuk memastikan anak‑anak tidak mengakses peranti iOS anda tanpa kebenaran, sediakan kod laluan yang tidak dikongsi dengan mereka.

Perkongsian Keluarga

Dengan Perkongsian Keluarga, sehingga enam ahli keluarga boleh berkongsi app yang layak dan hak tontonan. Pembelian in-app tidak boleh dikongsikan. Aktifkan Perkongsian Pembelian untuk keluarga anda dan semua pembelian yang diajukan oleh ahli keluarga akan dibilkan kepada pengelola keluarga yang juga boleh menciptakan Apple ID untuk kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun (atau umur minimum yang ditetapkan di negara atau rantau anda) dan menambahkan mereka ke kumpulan keluarga. Dengan ciri Minta untuk Beli, anda boleh memberi kebebasan kepada anak-anak anda untuk membuat pilihan mereka sendiri sementara masih mengawal perbelanjaan anda. Dengan Minta untuk Beli diaktifkan, apabila terdapat ahli keluarga yang bukan dewasa mengajukan pembelian atau muat turun percuma baharu, permintaan akan dihantar kepada pengelola. Pengelola boleh menyemak item tersebut dan melulus atau menolak permintaan pembelian daripada peranti mereka sendiri. Pengelola juga boleh menetapkan ibu bapa atau penjaga lain untuk menyemak dan meluluskan permintaan pembelian jika mereka mahu berkongsi tanggungjawab ini.

*Ketersediaan kandungan adalah berbeza mengikut negara atau rantau.