MARI BERMULA

Mengenai Pembelian In‑App

Apakah itu Pembelian In‑App?

Kebanyakan app dan permainan percuma serta berbayar kegemaran anda menawarkan pembelian in‑app, dimana ianya adalah transaksi pilihan yang mengubah fungsi app atau membuka kunci item, kandungan atau perkhidmatan maya. Anda boleh mengetahui jika app tersebut menawarkan pembelian in‑app dengan melawati laman produk tersebut di App Store. Hanya cari mesej "Pembelian In‑App" berhampiran dengan butang Dapatkan atau Harga.

Apakah Jenis Pembelian In‑App Yang Boleh Anda Lakukan?

Terdapat empat jenis Pembelian In‑App:

  1. Pembelian sekali guna (item digunakan sekali, akan habis dan boleh dibeli semula seperti nyawa atau batu permata dalam permainan)
  2. Pembelian tidak boleh habis (ciri premium yang dibeli sekali dan tidak akan luput seperti tahap permainan tambahan atau penapis foto)
  3. Pembaharuan langganan secara automatik (akses kepada kandungan atau perkhidmatan di mana anda akan dicaj secara berulang seperti akses berterusan ke penstriman kandungan video atau storan awan)
  4. Langganan tidak diperbaharui (akses kepada kandungan atau perkhidmatan untuk masa terhad dan tidak diperbaharui secara automatik seperti pas musim ke penstriman kandungan)

Cara Pembelian In‑App Berfungsi

Anda perlu memasukkan kata laluan, menggunakan Touch ID untuk membuat pembelian In-app. Jika anda menggunakan kata laluan, anda boleh mengesetkan keutamaan anda supaya kata laluan diperlukan bagi setiap transaksi atau setiap 15 minit. Dengan mengesetkan keutamaan anda yang memerlukan kata laluan setiap 15 minit, anda boleh terus membuat pembelian in‑app tanpa memasukkan semula kata laluan.

Touch ID diperlukan untuk setiap transaksi jika anda menggunakannya

Urus Langganan Anda

Sesetengah app menawarkan akses berasaskan langganan ke kandungan app tersebut. Tidak seperti pembelian item tunggal, langganan akan diperbaharui secara automatik sehingga anda memilih untuk menamatkannya. Jika anda ingin melihat menukar atau membatalkan langganan, anda boleh menukar seting pembaharuan daripada peranti anda dengan mudah. Pada peranti Mac anda, pergi ke Mac App Store dan klik ikon profil anda atau gambar pada bahagian bawah disebelah kiri untuk melihat Seting Akaun (jika anda masih belum daftar masuk, sahkan dengan Akaun Apple anda). Pada seksyen Urus, di sebelah kanan Langganan, klik Urus untuk melihat langganan anda, dan klik pada nama app atau Edit untuk melihat langganan anda. Gunakan pilihan yang disediakan untuk menguruskan langganan anda. Anda boleh memilih plan langganan yang berlainan, atau klik Batal Langganan untuk membatalkan langganan anda. Jika anda membatalkannya, langganan anda akan berhenti pada akhir kitaran pengebilan semasa.

Perihal Langganan dan Privasi

Apabila anda membeli langganan dengan pembaharuan secara automatik daripada pembangun pihak ketiga, kami akan mencipta ID Pelanggan secara rawak yang unik untuk anda dan pembangun tersebut. Pembangun menggunakan ID Pelanggan ini serta maklumat jualan untuk memahami prestasi produk mereka. Jika anda membatalkan semua langganan dengan pembangun tertentu dan tidak melanggan semula dalam tempoh 180 hari, ID Pelanggan anda akan dipadamkan.