

Definisi Privasi dan Contoh
Ketahui lebih lanjut tentang jenis data yang mungkin dikumpulkan oleh app dan cara data mungkin digunakan oleh pembangun atau rakan kongsi pihak ketiga.
Jenis data
Maklumat hubungan
Nama
Seperti nama pertama atau nama akhir.
Alamat e-mel
Termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat e-mel cincangan.
Nombor telefon
Termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor telefon cincangan.
Alamat fizikal
Seperti alamat rumah, alamat fizikal atau alamat surat‑menyurat.
Maklumat hubungan pengguna yang lain
Sebarang maklumat lain yang boleh digunakan untuk menghubungi anda di luar app.
Kesihatan dan kecergasan
Kesihatan
Data kesihatan dan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat daripada API Rekod Kesihatan Klinikal, API HealthKit dan API Gangguan Pergerakan atau daripada penyelidikan subjek manusia berkaitan kesihatan atau sebarang data kesihatan atau perubatan lain yang anda berikan.
Kecergasan
Data kecergasan dan senaman.
Maklumat kewangan
Maklumat bayaran
Seperti bentuk bayaran, nombor kad bayaran atau nombor akaun bank. Jika app menggunakan perkhidmatan bayaran dan maklumat bayaran dimasukkan di luar app, maklumat tersebut tidak akan tertera dalam bahagian ini.
Maklumat kredit
Seperti skor kredit.
Maklumat kewangan lain
Seperti gaji, pendapatan, aset, hutang atau sebarang maklumat kewangan lain.
Lokasi
Lokasi tepat
Maklumat yang menggambarkan lokasi anda dengan resolusi yang sama atau lebih tinggi sebagai latitud dan longitud dengan tiga atau lebih titik perpuluhan.
Lokasi kasar
Maklumat yang menggambarkan lokasi anda dengan resolusi yang lebih rendah daripada latitud dan longitud dengan tiga atau lebih titik perpuluhan, seperti daripada Perkhidmatan Lokasi Anggaran.
Maklumat sensitif
Seperti data perkauman atau etnik, orientasi seks, maklumat kehamilan atau kelahiran anak, kecacatan, kepercayaan agama atau falsafah, keahlian kesatuan sekerja, pendapat politik, maklumat genetik atau data biometrik.
Kenalan
Seperti senarai kenalan, buku alamat atau graf sosial.
Kandungan pengguna
E-mel atau mesej teks
Termasuk baris subjek, pengirim, penerima dan kandungan e-mel atau mesej.
Foto atau video
Foto atau video anda.
Data audio
Suara atau rakaman bunyi anda.
Kandungan permainan
Seperti kandungan yang anda janakan dalam permainan.
Sokongan pelanggan
Data yang anda janakan dalam permintaan sokongan pelanggan.
Kandungan pengguna lain
Sebarang kandungan lain yang anda janakan.
Sejarah layaran
Maklumat tentang kandungan yang telah anda lihat yang bukan sebahagian daripada app, seperti laman web.
Sejarah carian
Maklumat tentang carian yang dilakukan dalam app.
Pengecam
ID pengguna
Seperti nama skrin, pemegang, ID akaun, ID pengguna yang ditetapkan, nombor pelanggan, pengecam kebarangkalian atau ID tahap pengguna atau tahap akaun lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau akaun anda.
ID peranti
Seperti pengecam pengiklanan peranti atau ID tahap peranti yang lain.
Sejarah pembelian
Pembelian atau kecenderungan pembelian anda.
Data penggunaan
Interaksi produk
Seperti pelancaran app, ketik, klik, maklumat menskrol, data pendengaran muzik, tontonan video, tempat yang disimpan dalam permainan, video atau lagu atau maklumat lain tentang cara anda berinteraksi dengan app.
Data pengiklanan
Seperti maklumat tentang iklan yang telah anda lihat.
Data penggunaan lain
Sebarang data lain tentang aktiviti anda dalam app.
Diagnostik
Data ranap
Seperti log ranap.
Data prestasi
Seperti masa pelancaran, kadar gantung atau penggunaan tenaga.
Data diagnostik lain
Sebarang data lain yang dikumpul untuk tujuan mengukur diagnostik teknikal yang berkaitan dengan app.
Jenis data lain
Sebarang jenis data lain yang tidak disebut.
Penggunaan data
Pengiklanan atau pemasaran
Pengiklanan pihak ketiga
Seperti memaparkan iklan pihak ketiga dalam app atau berkongsi data dengan entiti yang memaparkan iklan pihak ketiga.
Pengiklanan atau pemasaran pembangun
Seperti memaparkan iklan pembangun sendiri dalam app, menghantar komunikasi pemasaran secara terus kepada anda atau berkongsi data dengan entiti yang akan memaparkan iklan kepada anda.
Analitis
Menggunakan data untuk menilai kelakuan anda, termasuk untuk memahami keberkesanan ciri produk sedia ada, merancang ciri baharu atau mengukur saiz atau ciri khalayak.
Pemeribadian produk
Menyesuaikan perkara yang anda lihat, seperti senarai produk yang dicadangkan, siaran atau cadangan.
Kefungsian app
Seperti untuk mengesahkan anda dalam app, mengaktifkan ciri, mencegah penipuan, melaksanakan langkah keselamatan, memastikan masa hidup pelayan, meminimumkan ranap app, meningkatkan kebolehskalaan dan prestasi atau melakukan sokongan pelanggan.
Tujuan lain
Sebarang penggunaan lain yang tidak tersenarai.
Data dipautkan kepada anda
Data yang dipautkan ke identiti anda (melalui akaun, peranti atau butiran anda yang lain).
“Maklumat peribadi” dan “data peribadi” seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang privasi yang berkenaan dianggap dipautkan kepada anda. Untuk tidak memautkan data kepada anda, pembangun mesti mengelakkan aktiviti tertentu selepas mereka mengumpulkan data tersebut:
• Mereka mesti tidak membuat cubaan untuk memautkan data tersebut kembali ke identiti anda.
• Mereka mesti tidak mengikat data tersebut kepada set data lain yang membolehkannya dipautkan ke identiti anda.
Data tidak dipautkan kepada anda
Data yang tidak dipautkan ke identiti anda (melalui akaun, peranti atau butiran anda yang lain).
Data digunakan untuk menjejak aktiviti anda
Penjejakan
Penjejakan berlaku apabila data yang dikumpulkan tentang anda atau peranti anda dipautkan dengan data pihak ketiga bagi tujuan pengiklanan disasarkan atau pengukuran pengiklanan. Penjejakan juga boleh berlaku apabila data tentang anda atau peranti anda dikongsi dengan broker data.
Penjejakan tidak digunakan dalam situasi berikut:
• Apabila data dipautkan semata-mata pada peranti anda dan tidak dihantar daripada peranti dengan cara yang boleh mengenal pasti anda atau peranti anda.
• Apabila broker data menggunakan data yang dikongsi dengan mereka semata-mata untuk pengesanan dan pencegahan penipuan atau untuk tujuan keselamatan, dan semata-mata bagi pihak pembangun.
Pihak ketiga
Data pihak ketiga ialah sebarang data tentang anda atau peranti anda yang dikumpul daripada app, laman web atau harta luar talian yang tidak dimiliki pembangun.