TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA

Kuasai Permainan 3 Sepadan

Ikuti petua-petua ini untuk menjadi pakar teka-teki.

Benda yang baik didatangkan dalam bentuk tiga serangkai, tetapi mana-mana peminat permainan teka-teki 3 sepadan akan mengatakan bahawa perkara yang lebih baik datang dalam bentuk empat dan lima serangkai.

Oleh sebab kebanyakan permainan 3 sepadan dihasilkan daripada asas yang sama, maka memahami beberapa strategi mudah dapat membantu anda dalam permainan ini. Sama ada anda gemar manisan seperti Candy Crush Saga atau rasa lebih selesa bersantai dengan Homescapes, cubalah panduan teka-teki universal ini.


Padanan bijak dalam Hero Emblems: mengosongkan empat permata hijau di bahagian bawah bakal menghasilkan barisan sepadan tambahan.

Biar ia dihujani

Kombo—padanan empat atau lebih yang begitu memuaskan—adalah penting dalam hampir setiap permainan 3 sepadan. Berjaya menghasilkan padanan ialah kebetulan yang menggembirakan, tetapi cara untuk mencapai peluang itu: padankan ke arah bahagian bawah papan agar kepingan di atas turun ke bawah menjadi kombo yang hebat. Rancang terlebih dahulu!


Tumpukan pada pembongkaran

Namun, mengumpulkan kombo tidak menjanjikan kemenangan. Kebanyakan tahap 3 sepadan mempunyai objektif khusus. Perlu mengosongkan sebilangan gula-gula biru? Jangan terganggu dengan yang warna hijau, melainkan ia dapat membantu objektif anda.


Gabungkan peningkat kuasa Bomb dan Rainbow Ball Homescapes untuk memenuhkan papan anda dengan bom. Letupan bakal berlaku!

Tahan peningkat kuasa anda

Ada Rocket? Sudah membuat bom warna? Bagus! Tetapi tunggu untuk menggunakannya sehingga ia memang perlu atau boleh digabungkan dengan peningkat kuasa lain. Item istimewa Paper Plane dan Bomb Homescapes misalnya memang masing-masing berguna, namun jika digabungkan bersama, anda mendapat bom terbang yang akan menghapuskan kawasan yang sukar dicapai di atas papan.


Bagi meningkatkan mata dalam Best Fiends, ambil masa sejenak untuk memikirkan cara mengaitkan semua yang berwarna biru itu. (Petunjuk: mulakan dari pertengahan bahagian bawah.)

Perlahankan rentak anda

Melainkan anda bermain teka-teki 3 sepadan yang berasaskan masa seperti Legendary: Game of Heroes, maka usah terburu-buru. Tiada penalti apabila anda berhati-hati, jadi perhatikan papan itu dengan teliti. Ingat: banyak permainan akan memberi anda gerakan yang disyorkan selepas penangguhan yang singkat, tetapi ia tidak semestinya gerakan yang terbaik.