PILIHAN
PERMAINAN
HARI INI

Castle Crush: Epic Card Game

Best Mobile Online War Clash

Lihat

Apa kata anda musnahkan pertahanan istana hari ini? Cubalah permainan Castle Crush!

Tapi ingat! Ini tidak mudah dilakukan kerana berjuta-juta pahlawan dalam talian seperti anda sedang mencuba dengan berbagai cara untuk menyingkirkan tentera musuh dan menjadi pemerintah mutlak. Jika anda mahu selangkah ke depan daripada pahlawan yang lain, kami di sini berkongsi tip tentang permainan dari Brazil yang popular di App Store di seluruh dunia. Mari mulakan!

Objektif utama permainan strategi epik ini ialah memusnahkan istana pesaing menggunakan kad yang menghidupkan beberapa jenis askar. Anda akan memerlukan strategi, tumpuan dan tentunya sekelumit nasib untuk mencapai matlamat.

Sebelum bertempur di medan perang, mari kita lihat arahan pada skrin utama. Di tepi kiri terdapat peti emas yang penuh dengan syiling dan kad yang boleh dibuka secara rawak dengan segenggam kristal hijau ataupun permata. Di tepi kanan skrin pula terdapat peti kemenangan yang boleh dibuka selepas anda mencapai 8 kemenangan dan sebuah peti percuma serta pautan ke set kad di mana anda memilih 14 pahlawan kegemaran daripada 52 jenis yang tersedia. Di skrin ini juga tersedia pautan ke pembelian in-app iaitu cara praktikal untuk mendapatkan permata dan syiling, mengakses lebih banyak kad dan mara dengan lebih cepat dalam permainan.

Sekarang, marilah beraksi! Seorang pemain (pada tahap yang sama seperti anda) dipilih untuk pertarungan dalam masa sebenar. Medan perang terdiri daripada tiga laluan di mana anda akan menyeret dan melepaskan kad untuk menembak senjata. Untuk menguasainya, anda perlu memahami masa dan tempat yang tepat untuk meletakkan pahlawan anda ke dalam medan kerana laluan yang kosong boleh mendedahkan istana anda kepada bahaya.

Juga penting untuk memahami jenis pahlawan dengan ciri dan senjata mana yang akan anda pilih. Anda mungkin mendapati pahlawan terpilih bertindak cepat tetapi tidak begitu agresif atau besaiz besar tetapi agak malas. Beberapa pahlawan mungkin mempunyai senjata jarak jauh manakala yang lain hanya mempunyai parang. Mari kami perkenalkan beberapa watak kegemaran kami. Watak Skeleton seakan kanak-kanak bermata hijau yang cerdik dan kelihatan kasar tetapi efektif. Jester yang lincah dan Pirate yang terkenal dengan serangan yang tidak henti-henti tetapi menawan hati. Akhir sekali, pahlawan yang paling kuat merupakan kad langka seperti Executioner yang kejam dan Dryad, makhluk mistik dari hutan dengan kuasa menjana semula yang menakjubkan.

Trofi dihadiahkan atas kemenangan di medan perang dan jika dikumpulkan, anda boleh mara ke tahap yang seterusnya iaitu mempertahankan benteng baru dalam pertempuran. Untuk sampai ke tahap terakhir iaitu Superb Castle, anda memerlukan tidak kurang daripada 2200 trofi. Pastikan juga anda menyimpan banyak senjata!

Tip terpenting kami untuk tahap 3 ialah menyertai sesuatu suku. Perkara ini menjadikan pengalaman lebih interaktif dan membantu mempelajari permainan dengan lebih cepat. Anda juga boleh mencipta suku baru untuk bersaing di peringkat dunia.

Itulah sahaja! Berbekalkan petua ini, kami harap anda bersedia untuk memimpin kerajaan dalam pertarungan dengan grafik hebat dan cara permainan yang mendalam dan intuitif. Jadilah raja yang paling berkuasa di Castle Crush hari ini!