PILIHAN
PERMAINAN
HARI INI

Permainan kad klasik mendapat sentuhan glamor dalam Top Drives.

Top Drives – Car Cards Racing

Lihat

Anda mungkin masih ingat kenangan membandingkan kad statistik kereta di taman permainan: "Yang ini ada kelajuan tertinggi 200 kilometer sejam, awak punya pula?"

Dalam Top Drives, membandingkan ciri-ciri kenderaan ialah penggalak bagi permainan ini, tapi ada satu perbezaan penting—di sini anda akan mengetahui kereta yang terbaik dengan menyaksikan perlumbaannya.

Sambil anda memandu mengharungi cabaran Top Drives, cubalah "Events" pemain tunggal dan berbilang pemain, dan sedikit demi sedikit anda akan dapat memenuhkan garaj dengan aneka kereta yang mengagumkan. Dari situ anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk perlumbaan akan datang.

Contohnya, dalam perlumbaan 'drag', anda pasti memikirkan tentang pecutan kereta, sementara litar yang lebih berbelit-belit memerlukan pengawalan yang lebih bagus. Jika anda mahu keluar dari litar, anda terpaksa korbankan pecutan dengan kenderaan pacuan empat roda.

Kumpulkan kereta-kereta hebat dan berlumba di litar dari seluruh dunia.

Mengungguli garisan penamat ialah keutamaan anda, tapi ganjaran lebih besar jika anda meraih kemenangan, dengan pemain yang mengumpulkan paling banyak sepanjang lima perlumbaan ialah pemenangnya.

Namun anda perlu ingat, Top Drives bukanlah semudah memenuhkan garaj dengan kenderaan paling hebat. "Race Quota" mengehadkan nilai kereta dalam setiap pemilikan, sementara sesetengah perlumbaan memerlukan anda untuk menggunakan kereta daripada pengilang tertentu. Anda juga tidak sepatutnya meletakkan harapan yang tinggi untuk memenuhkan garaj dengan kereta-kereta hebat.

Ya, Aston Martin dan Maserati ada di luar sana, tapi dengan setiap pembelian dalam bentuk pek kad yang dikedap, kebarangkaliannya anda akan mendapat kereta biasa dari era 1980-an. Terpulang kepada anda untuk menggunakannya dengan bijak.