Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang tinggal dalam menara. Ditahan dalam jagaan seekor naga. Dia memiliki mata bersinar bak berlian, cantiknya tiada bandingan. Namun puteri ini bukan sebarang perawan biasa. Dia mampu menghayun tukul perang dengan kuat untuk menyelamatkan dirinya.
Dalam Once Upon a Tower, anda akan bermain sebagai Puteri. Kesateria anda datang, kemudian pergi (menjadi santapan pagi pengawal si penghembus api), meninggalkan tukulnya kepada anda – juga kunci kepada kebebasan. Untuk melepaskan diri, anda perlu mencari jalan keluar daripada atas menara. Namun ia bukan semudah yang disangka...
Sebaik sahaja menuruni menara, anda perlu memusnahkan musuh yang muncul sambil mengumpul kunang-kunang untuk membantu perjalanan anda. Terdapat banyak jerat perangkap menanti anda, daripada letusan bebola api sehingga pepaku yang menganggu perjalanan anda. Selagi anda mampu mengawal kelincahan jari, seekor naga pun tidak mampu menghinggapkan cakarnya pada badan anda!
Leret secara mendatar untuk bergerak atau menghancurkan musuh. Atau leret secara menegak untuk membuat capaian dengan tukul anda. Permainannya mudah dan memuaskan hati untuk dimainkan sehingga malam hari. Tetapi selepas ratusan tahap yang dilalui, anda pasti tertanya-tanya: jika benar si Puteri kuat orangnya, apakah yang menyebabkan dia berjaya dikurung?