Afterlight Photo Editor

Lihat

Afterlight telah sekian lama menjadi salah satu daripada app kegemaran kami untuk penapis dan pengeditan foto. Oleh itu, sudah semestinya kami amat teruja dengan Afterlight 2. Dengan antara muka yang telah direka semula sepenuhnya, pelbagai ciri-ciri baru serta sokongan untuk iPhone X. Lelaran terbaru app pengeditan foto yang hebat ini memberikan kami lebih banyak sebab untuk menyukainya.

Tatal ke filter kegemaran dengan cepat yang disusun mengikut warna.

Anda akan menemui banyak penaikan taraf dalam seksyen penapis. Penapis kini berkod warna mengikut gaya, menjadikannya lebih mudah untuk dileret ke kanan untuk menandakan kegemaran anda. Ciri "Fusion" (Lakuran) memudahkan anda melakukan imbangan warna, penepuan, dedahan serta seting lain sebagai praset atau untuk digunakan kemudian.

Mahukan lebih banyak filter? Ketik ikon segitiga di bawah > Koleksi > Lihat lebih banyak filter percuma.

Tambahan yang paling ketara di sini ialah "Collections" (Koleksi), yang mengandungi praset dan penapis pihak ketiga yang dicipta oleh jurugambar popular di Instagram. Pilih pek yang anda gemari dan ketik untuk menyimpannya ke dalam pustaka anda.

Afterlight 2 juga menjadikan penghasilan dedahan berganda lebih mudah. Ketik pada butang “lapisan”, pilih dua foto untuk ditindih, laraskan keamatan dan kesan, dan hasilnya ialah imej yang unik sedia untuk memarakkan suapan Instagram anda.

Petua pakar: Anda boleh mengakses alatan pengeditan Afterlight 2 secara terus daripada app Foto dalam peranti anda. Untuk mendayakan sambungan Afterlight 2 , lancarkan Foto dan pilih gambar, kemudian ketik Edit. Apabila alatan pengeditan muncul, ketik bulatan yang mempunyai tiga titik. Dari situ, pilih "More" (Seterusnya) dan togol pada Afterlight 2.