PILIHAN
APP
HARI INI

JibJab wants your face to go viral.

JibJab: Funny Cards & Videos

Lihat

Kad perayaan elektronik kegemaran ramai, video muzik dan GIF yang menampilkan anda pastinya membuatkan keluarga dan rakan anda ketawa sehingga tidak kering gusi.

Hanya muat turun JibJab dan muat naik gambar ‘watak’ anda, kemudian biarkan app ini menyunting sedikit keajaiban pada wajah nenek anda dan menjadikannya orang kenit yang bengis ataupun menukarkan datuk anda menjadi pembantu Santa, si Tansel dan si Twirl.

Pilih daripada Santa’s Twerk Shop, Macareindeer, Rockin’ Around the Christmas Tree dan pelbagai lagi kad elektronik bermuzik dan GIF dalam pustaka app yang melebihi 1000 pilihan. Walaupun banyak GIF diberikan secara percuma dalam app ini, langganan memberikan akses untuk mencipta dan berkongsi kad premium dan video muzik – hanya bayar sedikit untuk menikmati keseronokan berganda.

Hasilnya sangat mengagumkan, atas jasa pasukan kreatif JibJab yang telah bertungkus-lumus memastikan app ini mudah dan pantas digunakan. Ini bererti anda boleh berlengah lebih lama di meja makan dan mempunyai lebih masa untuk menikmati Hari Krismas.

Keseronokan tidak berakhir di situ, kerana JibJab menampilkan pelbagai kad elektronik dan GIF termasuk app iMessage untuk meraikan setiap majlis anda sepanjang tahun.

Gandakan keriangan perayaan Krismas anda dan berhibur sepanjang tahun 2019 dengan JibJab.