PANDUAN

Buka ciri tersembunyi YouTube

Tingkatkan sesi video dalam talian anda.

YouTube

Video, Muzik & Strim Langsung

Lihat

Jika anda boleh meninggalkan sebentar klip kucing dan sensasi viral di YouTube, anda akan mendapati bahawa portal internet ke kebahagiaan video juga mempunyai beberapa ciri menarik yang anda tidak sangka wujud.

Ciri-ciri ini akan membuatkan sesi tontonan berterusan anda lebih seronok, menghiburkan serta lebih melibatkan diri anda. Malah, anda tidak perlu menonton tutorial YouTube untuk mengetahuinya, hanya ikut tip berguna ini.

Pastikan anda menonton strim berkualiti

Terdapat cara yang mudah untuk meningkatkan kualiti video yang anda mahu. Hanya ketik ikon menu tiga titik pada bahagian atas sudut kanan, kemudian tekan 'Quality'. Di sini, anda boleh menyesuaikan kualiti video dan menaikkan kadar bingkai sehingga 720p, 1080p atau kadar paling laju yang boleh dicapai oleh video individu.

Bergantung pada video, pilihan kualiti imej juga berbeza-beza.

Sembunyikan sejarah anda

Kami tahu ini ciri tersembunyi yang anda memang nantikan. Bagi setiap video YouTube yang anda berbangga berkongsi dengan rakan, terdapat beberapa video lagi yang anda tidak mahu orang lain tahu. Mujurlah anda boleh menyembunyikan bukti memalukan itu, jika anda tahu di mana anda perlu mencari.

Untuk bermula, tekan butang Settings yang boleh didapati dengan mengetik ikon akaun anda di bahagian atas sudut kanan.
Kemudian, ketik Clear watch history. Sedikit amaran di sini: Walaupun rakan-rakan anda tidak akan tahu berapa banyak kali anda menonton video Taylor Swift atau Rak-Su, memadamkan sejarah anda juga akan menetapkan semula cadangan video anda. Jadi, berapa malu anda sebenarnya?

Mandir video dengan mudah

Kita semua pernah tergopoh-gopoh meleretkan jari ke atas bar main untuk memandirkan video YouTube dan sebaliknya melangkau empat minit ke belakang walaupun kita sebenarnya mahu melangkau hanya empat saat. Terdapat cara yang lebih mudah: Sambil menonton video, ketik dua kali di sisi kiri skrin untuk mandir 10 saat ke belakang supaya anda dapat menikmati detik mendebarkan itu kembali.

Ingin mundar laju? Ketik dua kali pada sisi kanan tetingkap main untuk bergerak ke depan sebanyak 10 saat. Anda juga boleh menyelaraskan jumlah masa yang dilangkau dengan mengetik Settings > Ketik dua kali untuk mencari dan memilih jumlah antara 5 hingga 60 saat.

Jadikan YouTube mesra tempat kerja

Terdapat sesetengah video yang tidak wajar dikongsi di pejabat. Jadi, tindakan yang paling baik adalah untuk langsung menghalang ini daripada berlaku. Hanya ketik Settings > Restricted Mode dan gerakkan lungsur ke kedudukan hidup. Ini akan mengeluarkan video yang telah ditanda untuk kandungan tidak sesuai.

Perlahan, perlahan, perlahaaaaaan

Tidak kira jika anda mengenang kembali impak klasik #epicfail atau menjadikan video tutorial itu lebih senang difahami, memperlahankan video banyak membantu. Ia juga mudah sekali dilakukan.

Ketik butang menu tiga titik di bahagian atas sudut kanan video, kemudian tekan Playback speed.
Di sini, anda boleh memilih untuk memperlahankan video sebanyak sesuku, setengah atau tiga suku laju asal. Jika anda mahu melajukan video pula, tingkatkan seting ini ke dua kali laju.