PlantSnap - identify plants

Lihat

Kita memberikan jambangan bunga kepada satu sama lain untuk menyatakan rasa cinta, meminta maaf dan mendoakan agar sahabat cepat sembuh. Tetapi kita tidak sentiasa tahu membezakan tumbuhan sukulen daripada pokok stretlitzia kita.

PlantSnap ialah sebuah app yang akan mengajar anda nama tumbuh-tumbuhan di sekeliling anda dengan mengenal pasti tumbuhan melalui gambarnya.

Buka app dan ambil gambar yang jelas dan cukup terang sekuntum bunga atau tumbuhan yang menarik minat anda. Dalam beberapa saat, PlantSnap akan menunjukkan anda pilihan spesies yang paling padan dengan foto anda.

Jika anda menggunakan iOS 12, pengalaman pendidikan tambahan menanti anda. Dengan mod Snap!, setelah anda mengenal pasti bunga atau daun, ketik Augmented Reality untuk melihat gelembung yang boleh diketik dengan maklumat latar belakang berkenaan dengan spesies ini. Topik termasuk cara fotosintesis berfungsi dan peranan lebah dalam pendebungaan.

Foto profesional dan huraian tumbuhan dengan nama botani sebenar memberikan anda semua maklumat terperinci yang anda perlu untuk memilih padanan yang tepat.

Semua tumbuhan yang dikenal pasti dengan berjaya akan disimpan dalam tab My Collection, bersama dengan masa dan koordinat geografi gambar itu. Ini berguna ketika anda mengembara berjalan kaki, yang menjadikan PlantSnap seakan jurnal tumbuhan yang anda temui.

Sekiranya anda menginginkan pengembaraan flora tanpa perlu keluar daripada rumah, semak tab Explore. Ia menyenaraikan spesies tumbuhan terkenal dan menunjukkan bunga yang paling kerap dikenal pasti.