TIP FOTOGRAFI UNTUK PEMULA

Rakam Potret Sempurna

Mengapa julat fokus dan pencahayaan adalah sangat penting.

Halide Mark II - Pro Camera

Lihat

Dengan menggunakan mod potret app Camera anda, anda boleh menghasilkan gambar potret yang cantik untuk rakan-rakan dan ahli keluarga. Kesan julat fokus mengekalkan kejelasan subjek sambil mencipta latar belakang yang dikaburkan dengan cantik, membantu anda bertumpu pada bahagian paling penting dalam imej: orang.

Dengan app yang tepat dan sedikit teknik, gambar potret anda akan kelihatan memukau.

‣ Bawa mod potret selangkah ke hadapan menggunakan kebolehan bertaraf profesional dalam app foto kegemaran kami: Halide.

Setelah memasang dan melancarkan app ini, ketik butang Depth supaya ia bertukar ke warna kuning. Sekarang, anda sudah bersedia untuk melihat lokasi rakaman anda.

Langkah 1: Cari cahaya

Membiarkan matahari berada di belakang subjek anda akan memberikan kesan cahaya belakang pada rambutnya, ini akan menambah dimensi kepada potret.

‣ Anda perlu mencari cahaya semula jadi yang sekata supaya tidak menghasilkan bayang-bayang yang jelas. Oleh itu, keluar atau tempatkan subjek anda berhampiran tingkap atau lampu.

Di sini, kami menggunakan cahaya matahari pada waktu tengah hari dan membolehkan kami mengalihkan subjek kami daripada cahaya. Ini memberikan pencahayaan yang lembut dan sekata pada wajahnya—dan memastikan dia tidak silau.

Langkah 2: Gunakan fokus

Ikon tengah yang terletak di bahagian bawah akan dihidupkan dengan tetapan potret Halide.

‣ Memandangkan anda telah mengetik butang Depth, dua butang baru akan muncul pada baris yang sama. Pertama sekali, ketik butang di bahagian tengah dengan ikon orang. Ini akan mendayakan tetapan potret. Dalam tetapan ini, subjek akan kekal jelas, tetapi latar belakang akan dikaburkan serta cahaya dan sorotan lain akan muncul seperti perspektif kabur cantik yang dipanggil bokeh. Digabungkan dengan subjek yang jelas, ini akan menambah daya penarik sementara mengekalkan fokus pada orang.

Untuk menjadikan kesan bokeh lebih jelas, tingkatkan jarak antara latar belakang dan subjek anda. Melihat perbezaan yang tidak ketara pada kesan kabur adalah sukar, tetapi Halide boleh membantu anda menggambarkan kesan ini dengan mudah: Ketik ikon dengan tiga bentuk bulat sepusat di sebelah kiri. Pratonton langsung akan bertukar kepada heat map hitam dan putih.

Anda boleh melihat perbezaan jarak antara subjek anda (iaitu lorekan berwarna putih) dan latar belakang anda (iaitu lorekan berwarna gelap). Semakin tinggi kontras, semakin jelas kesan bokeh.

Setelah semua unsur ditempatkan mengikut kesukaan anda, ketik ikon bulat sepusat sekali lagi untuk keluar daripada mod ini.

Langkah 3: Rakamkan

Kesan bokeh digunakan.

‣ Ketik pada subjek anda untuk mengunci fokus. Kemudian leret jari anda ke atas atau ke bawah pada imej untuk melaraskan EV (nilai pendedahan) sehingga tona kulit kelihatan semula jadi. Tidak mengapa jika latar belakang kelihatan lebih cerah atau lebih gelap daripada apa yang anda suka—anda hanya perlu bertumpu pada tona kulit.

Akhirnya, anda boleh mula merakam sekarang.

Jangan malu untuk merakam banyak gambar. (Anda tidak akan menyesal memiliki lebih banyak pilihan.) Cuba kira daripada 3 setiap kali anda mengetik butang pengatup. Anda mungkin boleh membenarkan subjek anda untuk melihat ke bawah dan menukar wajah semula antara rakaman. Ini kerana ia sukar untuk kekal tersenyum lebih daripada satu saat.