PILIHAN
APP
HARI INI

Jadikan senaman sebuah video animasi yang menarik dengan Relive.

Relive: Lari, Kayuh, Daki dsb.

Penjejak aktiviti & video 3D

Lihat

Setiap aktiviti luar perlu ada cabarannya yang tersendiri, walaupun berjoging ringan pada waktu pagi. Itulah dasar Relive, app yang menukarkan aktiviti larian, pendakian, ski atau berbasikal anda menjadi sebuah cerita. Ia menjejak pergerakan anda dan mempersembahkannya dalam bentuk sebuah video menarik yang padat dengan maklumat.

Relive menganimasikan laluan anda di atas peta 3D dan menyelitkan foto yang diambil oleh anda di sepanjang jalan. Anda akan melihat kelajuan dan titik di mana anda berhenti. Anda juga boleh menggambarkan mood menggunakan emoji dan nota.

Hanya beberapa detik sahaja diperlukan untuk melengkapkannya, kemudian anda boleh berkongsi dengan rakan seolah-olah satu kemegahan berilustrasi—atau sekadar untuk menyimpan memori anda ketika berjoging.

Dengan Relive, anda boleh mengubah larian, kayuhan atau pendakian menjadi sebuah cerita.

Tanpa disedari, anda terdorong untuk melihat sekeliling ketika bersenam. Anda cenderung memilih laluan yang menarik dan berhenti sebentar untuk mengambil gambar, kerana nanti ia pasti menjadi rekod menarik bagi sesi latihan anda.

Relive dicipta untuk kecergasan, namun boleh juga menjadi sebuah novel untuk merakam kisah percutian: berseronoklah semasa mencantumkan foto romantik semasa bersiar-siar di Paris atau mungkin sekadar membeli-belah pada hujung minggu bersama-sama rakan.

App ini merekod prestasi dan perjalanan yang telah anda lalui, malah disegerakkan dengan app yang lain. Jadi, jika anda sudah pun menggunakan app Kesihatan oleh Apple misalnya, Relive ialah suatu tambahan, dan bukannya suatu penggantian.

Ia percuma, namun ada juga pilihan langganan Relive Club premium yang menambahkan rakaman HD, muzik, lebih perincian dan rekod yang lebih panjang.

Walaupun terdapat banyak penjejak aktiviti di luar sana, namun lebih menarik sekiranya prestasi dan gambar latihan anda dipaparkan pada landskap gaya infografik bagi memberikan anda sebuah pengalaman 'tayangan semula TV'.