PILIHAN
APP
HARI INI

Hasilkan video indah, beremosi atau berpasir dengan 24FPS.

24FPS: Aesthetic Video Effects

Lihat

Seperti mana namanya, 24FPS—rujukan kepada kadar bingkai standard industri—membolehkan anda merakam video sinematik yang hebat dengan iPhone, iPod touch dan iPad anda. Selain daripada menawarkan dua jenis penstabilan untuk menjadikan gerakan kamera anda kelihatan lebih lancar, app ini juga memberi anda pilihan nisbah bidang (termasuk 16:9 dan 2.35:1) serta penapis yang memberikan sentuhan klasik Hollywood pada filem anda.

Namun, ciri paling menariknya adalah bagaimana ia menggunakan pembelajaran mesin untuk melaraskan penapisnya mengikut cita rasa anda. Selepas anda melancarkan 24FPS buat pertama kali, ketik ikon pengubah bentuk di atas butang rakam untuk memainkan permainan singkat bernama Filter Terminator yang mengajar app itu tentang jenis gaya yang anda suka.

24FPS memberikan video anda sentuhan yang bergaya dan sinematik.

24FPS mempunyai ciri intuitif apabila membuat penggambaran. Semua kawalan standard dipaparkan untuk kemudahan anda. Ketik untuk menguncikan dedahan dan fokus. Tekan lama dan leret ke atas atau ke bawah untuk zum ke dalam dan ke keluar. Ketik ikon di atas butang rakam untuk memaparkan barisan penapis, ketik dan tekan lama akan membolehkan anda melihat pratonton imej itu tanpa penapis.

Setelah selesai membuat rakaman, tambahkan lagu milik anda atau lagu-lagu pratonton dari pustaka Apple Music anda. App ini juga mempunyai barisan runut bunyi beremosi (Chill, Suspense, Driving) yang boleh anda muat turun secara terus. Langganan akan membuka barisan penapis sinematik penuh (bernama LUT) pada app ini, ia membolehkan anda menambahkan drama ke dalam video anda—bayangkan rona romantis daripada filem Amélie atau aura dengan sentuhan neon yang kasar dalam filem Fight Club.