TEMUI SEMULA PERMAINAN KLASIK

Clash of Clans

Tubuhkan empayar & jalinan baharu dalam karya agung strategi ini.

Clash of Clans

Bawa Klan Ke Arah Kemenangan!

Lihat

Selamat datang, ketua! Daripada permainan pembina bandar yang biasa kepada fenomena global, Clash of Clans berkembang secara meluas sejak keluarannya pada tahun 2012. Dengan setiap kemas kini baharu, musim dan kejohanan turut disertakan dengan mekanisme yang serba baharu—serta banyak cara lagi untuk memerintah sebuah empayar. Ini hanya beberapa sebab kami sentiasa kembali ke klan kami:

Campur adukkan dinding kampung anda untuk menyukarkan pihak musuh menyerang.

Askar yang tiba pada masa yang tepat

Sebagai ketua sebuah kampung, anda membina pertahanan, mengumpul emas dan eliksir, kemudian melengkapkan diri untuk berlawan! Itu bermakna merekrut wira—dan terdapat banyak jenis untuk dipilih.

Peti mainan Clash of Clans sentiasa padat dengan unit baharu. Suka Yeti dan Wizard bertahap tinggi anda? Lihat sahaja apa yang berlaku apabila anda menghadapi askar kuat seperti Ice Golem atau Electro Dragon yang sangat agresif. Tidak dapat merempuh dinding kampung musuh? Siege Machine seperti Battle Blimp dan Stone Slammer mungkin dapat menggemparkan suasana—dan meruntuhkan batu.

Banyak acara berbilang pemain wujud untuk mengekalkan minat pemain veteran.

Tiba musimnya

Sedang mencari cabaran? Clash of Clans kini menampilkan pembaharuan musim bulanan yang membawakan kulit baharu—dan ya, cabaran baharu—di samping hadiah lumayan yang boleh menggalakkan kuasa pembina, latihan askar, usaha penyelidikan anda dan banyak lagi.

Asah kemahiran anda melalui mod latihan dan pemain tunggal, kemudian cuba perlawanan PvP Clash of Clans yang mengghairahkan.

Main mengikut kesukaan anda

Antara mengembangkan kuasa tentera dan melawan pemain dalam talian yang lain, banyak yang boleh dibuat. Kini, terdapat mod yang berbeza-beza, daripada kempen pemain tunggal sehingga pasukan lawan pasukan dalam Clan War dan Trophy League. Pemain kasual boleh mengikuti Friendly Challenge tanpa risiko, sementara wira yang paling tegap boleh menguji ketahanan mereka dalam kejohanan e-sukan Clash of Clans. Tidak kira apa cara yang anda pilih, semestinya ada pertempuran yang sedang menanti.