Ibu Sihat 12+

Duoz Technology Solutions

Designed for iPhone

    • Free

iPhone Screenshots

Description

Aplikasi Ibu Sihat dibangunkan untuk tujuan penyelidikan bagi menentukan keberkesanan program gaya hidup
berasaskan laman web/telefon pintar dalam mengoptimalkan peningkatan berat badan semasa kehamilan untuk
mencegah kejadian diabetes semasa kehamilan. Antara fungsi utama aplikasi ini adalah pemantauan peningkatan
berat badan semasa kehamilan, pengambilan diet, pendidikan kesihatan dan pemakanan semasa kehamilan serta
pengumpulan data setiap trimester kehamilan.

Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan

Mengetahui saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan serta menjejaki kadar peningkatan berat badan
setiap minggu dan jumlah peningkatan berat badan sepanjang kehamilan. Kadar peningkatan berat badan
mingguan akan dipaparkan dalam graf yang disediakan mengikut Indeks Jisim Tubuh (IJT) / sebelum kehamilan
untuk memastikan peningkatan berat badan semasa kehamilan mengikut seperti yang disarankan.

Pengambilan Diet

Mempunyai 2 fungsi utama iaitu mengetahui saranan diet dan pemantauan diet. Saranan diet membolehkan ibu
hamil untuk menentukan saranan pengambilan tenaga dan bilangan hidangan setiap kumpulan makanan harian.
Perbandingan diet membantu ibu untuk melakukan perbandingan pengambilan tenaga dan bilangan kumpulan
makanan harian yang diambil dengan saranan yang ditetapkan.

Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan

Merangkumi 4 topik utama seperti Peningkatan Berat Badan, Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Psikososial
semasa kehamilan. Ianya disampaikan dalam format artikel, infografik dan video. Ibu boleh melakukan perubahan
tingkahlaku yang mendorong kepada peningkatan berat badan semasa kehamilan yang optimum dan seterusnya
kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengumpulan Data

Merangkumi 5 soal selidik seperti sosiodemografi, obstetrik, soal selidik Trimester 1, soal selidik Trimester 2 dan
soal selidik Trimester 3.

What’s New

Version 1.0.4

- Bug fixes and performance optimization

App Privacy

The developer, Duoz Technology Solutions, indicated that the app’s privacy practices may include handling of data as described below. For more information, see the developer’s privacy policy.

Data Linked to You

The following data may be collected and linked to your identity:

  • Health & Fitness
  • Contact Info
  • Sensitive Info

Privacy practices may vary based on, for example, the features you use or your age. Learn More

More By This Developer

You Might Also Like

Count Baby Kicks
Medical
Skim Perubatan MADANI
Health & Fitness
FoSIM Public Apps
Health & Fitness
MyUBAT
Medical
MySejahtera
Health & Fitness
Asianparent: Pregnancy + Baby
Health & Fitness