Smart Muslim

Books

Free · Designed for iPad. Not verified for macOS.

Smart Muslim aplikasi pembelajaran asas Pendidikan Islam untuk semua lapisan masyarakat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membangunkan aplikasi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang dinamakan sebagai Smart Muslim. Objektif pembangunan aplikasi ini adalah bertujuan untuk : Menyediakan satu mekanisme pembelajaran asas pendidikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dan semua peringkat usia Menarik minat masyarkat terutamanya golongan belia untuk mengikuti pembelajaran asas pendidikan Islam di masjid dan surau Menyebarluaskan konsep dakwah melalui pembelajaran secara dalam talian Aplikasi mudah alih ini akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur bagi meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penguasaan asas dalam pendidikan Islam. Kandungan aplikasi mudah alih Smart Muslim ini direka berdasarkan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau JAKIM serta mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Agama Peringkat Persekutuan di Malaysia dan diperakui dari segi kesahihan maklumatnya. Aplikasi ini dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada golongan belia sebagai kumpulan sasaran iaitu mereka yang terdiri daripada : Belia yang berminat mengikuti kelas pengajian masjid dan surau; Belia yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya; Belia yang masih belum mempunyai minat untuk hadir ke kelas pengajian masjid dan surau. Bagi fasa yang pertama, pembangunan kandungan aplikasi ini merangkumi 5 tajuk bidang fiqh iaitu Bersuci, Solat, Qurban, Zakat dan Pengurusan Jenazah. Seramai dua orang Felo Penyelidik Fatwa JAKIM bertindak sebagai panel penilai bagi menyemak, menilai dan mengesahkan kesahihan kandungan aplikasi yang dibangunkan. Rujukan utama pembangunan kandungan aplikasi ini adalah : Kitab Fiqh Al-Manhaji Mazhab Syafie published by JAKIM Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Al-Quran Translation) published by JAKIM “Kitab Hadis Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim” and “Kitab Sunnan Sittah” (Hadith References).

  • This app hasn’t received enough ratings or reviews to display an overview.

The developer, JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN), has not provided details about its privacy practices and handling of data to Apple. For more information, see the developer’s privacy policy .

  • No Details Provided

    The developer will be required to provide privacy details when they submit their next app update.

    The developer has not yet indicated which accessibility features this app supports. Learn More

    Seller
    • JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)
    Size
    • 38 MB
    Category
    • Books
    Compatibility
    Requires iOS 9.0 or later.
    • iPhone
      Requires iOS 9.0 or later.
    • iPad
      Requires iPadOS 9.0 or later.
    • iPod touch
      Requires iOS 9.0 or later.
    • Mac
      Requires macOS 11.0 or later and a Mac with Apple M1 chip or later.
    • Apple Vision
      Requires visionOS 1.0 or later.
    Languages
    • English
    Age Rating
    4+
    Copyright
    • © Kerajaan Malaysia