Final Cut Pro 4+

Pascapenerbitan profesional

Apple

    • 4.8 • 218 Penilaian
    • RM1,299.90

Tangkapan Skrin

Penerangan

Final Cut Pro menggabungkan pengeditan video berevolusi dengan organisasi media berkuasa dan prestasi yang menakjubkan untuk membolehkan anda mencipta pada kadar kelajuan pemikiran.

Pengeditan Video Berevolusi
• Magnetic Timeline menggunakan metadata lanjutan dan Sambungan Klip untuk pengeditan yang lebih cepat dan mudah
• Timeline Index dipertingkat membolehkan anda seret dan lepas peranan audio untuk menyusun semula tataletak garis masa anda
• Seret dan lepas Object Tracker yang berkuasa memadankan tajuk dan kesan dengan pergerakan muka atau objek secara automatik
• Tukar titik fokus atau kesan kedalaman untuk syot video dalam mod Sinematik pada iPhone (memerlukan macOS Monterey atau lebih baharu)
• Edit projek berbilang kamera dengan penyelarasan automatik dan sokongan untuk sehingga 64 sudut kamera
• Tukar projek untuk penghantaran segi empat tepat dan menegak dengan Smart Conform secara automatik
• Import dan edit video sama segi empat tepat 360° dalam pelbagai jenis format dan saiz bingkai
• Cipta, edit dan hantar kapsyen tertutup daripada dalam Final Cut Pro
• Kembangkan keupayaan Final Cut Pro dengan sambungan aliran kerja pihak ketiga

Organisasi Media Berkuasa
• Susun kerja anda dalam pustaka untuk pengurusan dan kerjasama media yang cekap
• Cipta salinan proksi media anda untuk kemudahalihan dan prestasi
• Gunakan kata kunci atau kegemaran tersuai dalam masa yang sama anda memilih julat klip
• Smart Collection menyusun kandungan secara dinamik untuk anda bagi mencari sebarang syot dengan cepat dengan beberapa klik
• Cari media duplikasi dalam garis masa menggunakan julat klik yang diserlahkan atau Timeline Index

Prestasi yang Menakjubkan
• Kelajuan dan kecekapan yang dipertingkat pada komputer Mac dengan Apple silicon
• Prestasi tanpa tandingan dengan pengoptimuman untuk cip M2 Pro, M2 Max dan M2 Ultra
• Berfungsi dengan pelbagai jenis format, termasuk ProRes, RED, XAVC, AVCHD, Avid DNxHR®, Avid DNxHD®, H.264, HEVC dan banyak lagi

Kesan Boleh Disesuaikan yang Menarik Perhatian
• Tajuk 2D dan 3D yang boleh disesuaikan dengan mudah dan beranimasi dengan cantik
• Tukar rupa tajuk, transisi dan kesan menggunakan kawalan intuitif
• Pilih daripada ekosistem pemalam FxPlug pihak ketiga dengan antara muka tersuai

Pengeditan Audio Disepadukan
• Tetapkan peranan semasa mengimport untuk menjejak dan menyusun projek anda dengan mudah
• Kembangkan dan edit fail audio berbilang saluran secara terus dalam garis masa
• Gunakan kesan berasaskan Logic yang intuitif dan kurangkan hingar latar belakang untuk mengasingkan suara
• Selaraskan video dengan audio yang berasingan dalam satu langkah dengan padanan bentuk gelombang audio segera

Penggredan Warna Intuitif
• Import, edit, hantar video dalam ruang warna standard, atau dalam Rec. 2020 dan ruang warna HLG
• Roda dan lengkung warna yang berkuasa untuk pelarasan tepat dengan penguncian dan topeng
• Lihat HDR dengan tepat pada MacBook Pro dan Pro Display XDR

Output Dioptimumkan Satu Langkah
• Eksport yang sangat cepat untuk main balik pada peranti Apple dan muat naik ke tapak web seperti Vimeo dan YouTube
• Eksport stem audio dan berbilang versi video yang telah selesai menggunakan metadata peranan
• Import dan eksport XML untuk aliran kerja pihak ketiga seperti penggredan warna dan pencampuran bunyi

Keperluan Sistem: macOS 13.5 atau lebih baharu, 8GB RAM (16GB disyorkan untuk kesan dan pemalam pihak ketiga), kad grafik mampu Metal (komputer Mac berasaskan Intel sahaja), 5.8 ruang cakera tersedia.

Sesetengah ciri memerlukan Mac dengan Apple silicon. Sesetengah ciri memerlukan akses internet; yuran mungkin dikenakan. Perakam Blu-ray diperlukan untuk membakar cakera Blu-ray.

Apa Yang Baru

Versi 10.7.1

• Meningkatkan kestabilan pada model Mac berasaskan Intel semasa menggunakan Color Wheels atau Color Curves pada klip video H.264.
• Membetulkan isu dengan sesetengah pintasan papan kekunci lalai berfungsi secara salah pada papan kekunci bukan Inggeris.

Penilaian dan Ulasan

4.8 daripada 5
218 Penilaian

218 Penilaian

Mi29aos ,

Very good for it's price, and very smooth

FCPX delivers all that you'd ever want within the realms of video editing, and though at first I was appalled by the price tag came to the realisation that other, similar programs have crazy high price tags (Vegas Pro costs 200$ more and Adobe Premiere costs 250$ per year, or 400$ if you pay for it monthly in a year), and cheaper alternatives are slow and not exactly great. FCPX is seamless with MacOS. It uses a huge amount of proccessing power from my rather old computer so efficiently, and the end product I am always very satisfied with. Not to mention, FCPX is compatible with iMovie, which is kind of like a "taste" of FCPX. iMovie is a very good product as well, and the transistion from iMovie to FCPX is very easy because of the similar, simple UI.

charizardous ,

Great product and easy to edit

Great colour coding option, smooth editing and fast rendering though I would recommend adding a collaborate function with other final cut pro x users. Most of the time there will be more than one editor, so a collaborate function will definitely ease up workflow.

Feichai ,

FCPX since day 1!

Been on FCPX since day 1 and loving every update! Used to make changes from the back as the magnetic timeline deletes off and appends but all good now with multi-layered video clips etc.

Privasi App

Pembangun, Apple, menunjukkan bahawa amalan privasi app mungkin termasuk pengendalian data seperti yang diterangkan di bawah. Untuk maklumat lanjut, lihat dasar privasi pembangun.

Data Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul dan dipautkan ke identiti anda:

  • Pengecam

Data Tidak Dipautkan kepada Anda

Data berikut mungkin dikumpul tetapi tidak dipautkan ke identiti anda:

  • Pengecam
  • Data Penggunaan
  • Diagnostik

Amalan privasi mungkin berbeza, sebagai contoh, berdasarkan ciri yang anda guna atau umur anda. Ketahui Lebih Lanjut

Sokongan

  • Perkongsian Keluarga

    Maksimum enam ahli keluarga boleh menggunakan app ini dengan Perkongsian Keluarga diaktifkan.

Lagi Daripada Pembangun Ini

Apple Books
Buku
Apple Podcasts
Hiburan
Cari Rakan Saya
Rangkaian Sosial
GarageBand
Muzik
Shazam: Cari Muzik
Muzik
iMovie
Foto & Video