Quran Isyarat 4+

raja zainal raja izhar

Designed for iPad

    • Free

Screenshots

Description

Aplikasi Quran Isyarat merupakan aplikasi Quran pertama di dunia yang dibangunkan bagi meraikan kekuatan dan kelainan upaya belajar Quran bagi komuniti OKU Pendengaran. Aplikasi ini mensasarkan keseluruhan Quran (30 Juzuk) secara berperingkat dengan pendekatan pembelajaran kemahiran Quran berasaskan Surah al-Qiyamah:75:16-19 yang bermula dengan proses mengenal, menghafaz, membaca dan menjelaskan isi kandungan ayat Quran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Quran ini telah memperolehi kelulusan Panel Pakar Syariah (PPS), JAKIM kali ke-103.

Perincian Fungsi-fungsi Utama:
- Mushaf: Paparan visual Mashaf Rasm Uthmani.
- Tilawah: Paparan teks ayat Quran, bacaan ayat-ayat Quran yang mesra OKU Pendengaran seperti Kod Tangan Quran (KTQ) dan Transliterasi Makhraj (TM).
- Terjemahan: Paparan Terjemahan Tipikal dan Terjemahan Mesra OKU Pendengaran berbantukan video terjemahan Jurubahasa Isyarat (JBI) Malaysia.
- Sesuai bagi penggunaan OKU Pendengaran seluruh dunia kecuali pada bahagian terjemahan.

Fungsi-fungsi Baharu:
- Mushaf, Tilawah & Terjemahan lengkap keseluruhan Quran kecuali:
- Transliterasi Makhraj Juz 1-29 (akan ditambah secara berperingkat).
- Terjemahan Mesra OKU Pendengaran & video Jurubahasa Isyarat Juz 1-29 (akan ditambah secara berperingkat).
- Video pengenalan Surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas (surah-surah lain akan ditambah secara berperingkat)
- Tetapan saiz pada semua jenis paparan font.
- Tetapan pemilihan resolusi video pada 720p, 480p atau 288p.
- Fungsi penanda bacaan pada Mushaf, Tilawah dan Terjemahan.
- Fungsi paparan terjemahan bergerak selari dengan video Jurubahasa Isyarat.
- Fungsi sembunyi/tunjuk paparan Terjemahan Tipikal.
- Fungsi carian surah mengikut indeks nama surah dan pecahan juzuk.
- Garis Panduan Kod Tangan Quran & Transliterasi Makhraj, serta panduan Kaedah Membaca Kod Tangan Quran & Adab dengan Quran.
- Maklumat latarbelakang pembangunan Quran Isyarat.
- Paparan infaq Quran Isyarat secara terus melalui sistem atas talian Jom Infaq USIM.
- Hebahan program semasa UMMI & borang maklum balas pengguna.

What’s New

Version 2.6.0

Fixed download and update latest Quran data. Auto update data no longer automated.

App Privacy

The developer, raja zainal raja izhar, indicated that the app’s privacy practices may include handling of data as described below. For more information, see the developer's privacy policy.

Data Not Collected

The developer does not collect any data from this app.

Privacy practices may vary, for example, based on the features you use or your age. Learn More

You Might Also Like

AR Sejarah Th. 6 SK/SJKC/SJKT
Books
E-Sentral
Books
Book Capital
Books
Kisah Muslim
Books
PNM e-Reader
Books
PPAS eReader
Books